Best Blogger Tips

Monday 28 November 2011

10 Facts about Soffea that You Don't Need To Know But I'm Gonna Tell Anyway

1. One of the things I love about myself is my name. It's like a mix of the common and the 'never heard of'. Y'know what I mean? Like Soffea is a pretty common name. But Soffeatul is..quite rare. I only know three others who also have the added 'tul'. And Raunaqiah..Naqiah, though I don't find common but Naqiuddin is common what?The added 'rau', well I'm probably one of a kind ;p HAHA fact gila riak. Tidaklah, I'm really thankful :) Nama aku pretty an? Hee >.<

2. I..dislike texting. Dulu aku sangat gila texting sampai Mama pon naik rimas tengok. Now, donno the passion just kinda..DIE. I rarely have the phone in my hand, usually it would get lost and I would find it days later under my bed,out of battery and dusty :/. Which is why a lot,A LOT are irritated with me because I rarely answer calls and reply messages. Sorry guys :/

3. I have very VERY few male friends. I guess me and the opposite sex just don't get along all that well. REAL friends lah. Friends I can say 'Weh stress doh belajar sini' or 'Huwaaa I lost my RM800' . Yeah, like I said not many :/

4. I get very easily annoyed when people crease my bed. But only after I made the bed lah. If the bed is already messy go crease ahoyy! I'm very sensitive if my pillow is at a different angle or something. I know I know it's silly to fret on something as small as this, and I do it to people too :/ HAHA. but. Haii.

5. Usually I exaggerate my pain. Mama said it's habit I have since I was little. Back then Mama said if she pinched me, I would go crying as if I've broken a bone or something. Yeah, some drama queen eh?

6. I'm extremely clumsy. Especially when I'm in a hurry. Something ALWAYS get spilled, I would wear something the other way round, I get tripped and paperwork would go flying. Wooo. Seriously ughh -..-"

7. I change my handwriting often. Well now I don't have a fixed one because we are always typing typing typing, if I write it just looks like.. squiggly hideous scrawl or something. Yeah. My own font.Jealous? HAHA.They say that would mean 'tidak tetap pendirian'. True eh? I think not lah. -..-"

8. I use to HATE HATE HATE pizza. Before, I see pizza as vomit on dough. When I was in primary school the canteen lady would always serve pizza,and I would always reject it. She said I was crazy. Yeah I agree. How could I have rejected all that pizza???!!! I love pizza now, it's like..my favourite food. Heh.

9. I would like to own a pet tarantula. Yeah, ohsem!

10. Ok this one is silly. I used to make some sort of castle for..Woodlice. Euuww right?. And I kept the castle in my house, seriously it was a MESS. I made a box with towers from loo rolls and everything lah. There was lots of woodlice living between the planks of wood at my back garden so I decided one day that one HUGE family of them would make cool pets. I don't think they liked it very much in the castle, they kept going out in the 'open' a.k.a my living room. (remember the castle was IN the house :/)

Ok so that is 10 random facts about Me. Why me? Because it is my blog,duh -..-" . Can cin cau :)

Soffea : Finished reading King Lear, it was OHSEM!

Trend ‘Taqrabu Az-zina’ Sebelum Bernikah

Analogi Harimau dan Nyamuk

        Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
       Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
        Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? 
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?     
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. 
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)


Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

            Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
            Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram. 
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat  bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya, 
Dah makan ke? 
Tengah  buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa? 
Dah tidur ke?  
Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. 
Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
            Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
            Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
            Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
          Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.    

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
            Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
 (رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

            Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
            Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
            Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
            Sabda Rasulullah SAW,
  • عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
  • Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)
Entry by Fatimah Syarha. You can read it at her own blog here.

Soffea: Entry paling ramai sentap :) Termasuk diriku :/ 

Saturday 19 November 2011

Analogy Bergambar : Aurat dan Maruah


             Jeng..Jeng..Jeng. I'm baccckk with a new entry! 

Okayy so today nak buat analogy bergambar. Hee >.<

Ini adalah 'ingredients' aku bagi menjelaskan topik kita pada hari ini. Buat mereka di luar sana, anda juga boleh get your hands on these ingredients bagi menghayati topik.heh.

So.. the ingredients are..

1) Moneyyy. hoh yeahhh. hee. okk. Money disini diumpamakan sebagai MARUAH. yes, maruah tuh tiada nilai bandingan but ini just perumpaan sahaja for easier understanding.ngee >.<


Next..



 2) Yezzzy. Plastic bag. Ini adalah 'pakaian' untuk menutup aurat. Huh? Tak pernah nampak orang pakai plastic as clothes pon. Oh duh. Memang tiada. But ala-ala ada. What seriously ke ? Oh yezzy. Ini adalah perumpaan bagi PAKAIAN JARANG DAN KETAT DAN ORANGNYA PULA TIDAK MENJAGA MARUAH. yes, selalu kan? eh? tak true? alahhhh agree lahh >.<

*ignore my imaginary conversation >.<


3) Ketiga! Handbag. Wohh. Lawa kan handbag. Ini juga adalah perumpaan kepada pakaian. Ia perumpaan bagi PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT DENGAN BAIK TETAPI ORANGNYA TIDAK MENJAGA MARUAH . Haa. Dah banyak kan kes begitu. Manis bertutup tapi malangnya...

And lastly.... (drum roll please)


4)Aaaaaaaaaaaaaaa safe! Yes, ini pula adalah perumpaan kepada PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT DENGAN BAIK DAN ORANGNYA CUKUP MENJAGA MARUAH. Yes, ciri muslimah sejati. Now scroll down for ma explanation! hee >.<

Got all your ingredients (apa yang aku rapu ni??!!) .Yes ? Fasten your seat belts and lets GOOO..!!! (ohoh ignore ignore)

Okayyy. Imagine you putting all that money inside the plastic bag. Like below.

And then imagine a greedy pencuri yang tengah sengkek, when he sees the above, agak-agak dia buat apa ? Choi! Rembatlah! Apa lagi! Betul tidak? Why? 

Ia jarang dan ketat. Dengan tang tang tang jelas menunjukkan bahawa ada moneyyy inside the bag. Begitu juga dengan kita. Apabila kita pakai clothes ala-ala plastic, lelaki-lelaki yang 'greedy' mulalah nak ambil kesempatan Why? sebab sudah ade 'preveiw' of our treasures! Takkan depa nak tengok je? Bak kata peribahasa tuh, Which cat would reject a fish in front of it ? Lagi satu, plastic itu melambangkan what's inside it tidak berharga. Maksud? Well..would you put your Rolex watch inside a mere plastic bag? Your diamonds?  Your gold? I think not. Mestilah prized treasures like that, we would place it in something more safe, something that actually shows its worth. Kotak yang vogue-vogue sikit ke. Kan.haa.  Maybe dalam plastic bag, kita letak sawi ke, kangkung ke, pau goreng ke (Aku tengah ngidam pau goreng T_____T )Same case with us women, wahai ladies-ladies sekalian. Kita mungkin kata, 'aku maybe pakai seksyyyy, tapi aku jaga maruah aku ok!' Yes, but the way we dress, it gives off signals to men out there, that we are the kind of women who doesn't have maruah (ok I admit, maruah in English apa? Dignity eh? Somebody please google translate). Would we like men to have assumptions like that on us ? No no no. Obviuosly. Duh.Laggii satu! Plastic tunjuk money right? Well pakain ala-ala plastic tunjuk asset. Kan boleh bisa riak dek tunjuk orang just how much money kita hado. Boleh juga jadi riak dek tayang orang itu dan ini. Riak itu sudah salah, inikan riak menunjukkan benda yang tak patut ditunjuk.

Ok now imagine putting your money inside the handbag.
Can you see the money? No right! Woop-woop adakah mission ingin bebas pencuri selesai? Unfortunately,no. Cuba teliti beg ini. Ia tidak ketat. Tidak jarang. See money nonnn hadooo so where did it all go wrong? I tell you where. The latch. Yes, bahagian merah tuh. Yang menutup beg. Oh begitu rapuh security bagi menjaga something yang sungguh berharga! Yezzy, sekarang ini dah ramai menutup aurat, malangnya maruah tidak dijaga. Haruslah akhlak secantik pakaian. Tak gitu? Sekarang pon dah ramai kes ragut melibatkan handbag kan? Why? Coz it's easy! Easy peasy lemon squeezy. But not as easy as yang plastic tadi lah. Peragut tahu, take it and then just simply open the latch to get the valuables. Tambahan lagi anyone could do it.That is why, meskipun sudah berjaya menutup aurat dengan sempurna, sikap kita sendiri harus menunjukkan kita ini not easy. At first glance memang lelaki teragak-agak, agak-agaknya boleh tak I get my hands on this minah? Kalau tengok 'security' minah ini low je, mula lah dia! See, akhlak juga memainkan peranan, eventhough clothes do help.Lagi satu, bag-bag canggih ni pon boleh timbul riak kan? Pakaian dah ok, tapi buat kita riak. Hurm..

And the best---
The safe. Dari name pon dah tahu, ia safe. Lets cekidout the characteristics of the safe that should be reflected in the way we dress!

1) Tidak jarang. Tidak ketat. Tidak menunjukkan the valuables inside. Yes. Nampak the money? No kan. We should do just that. Wear something yang tidak jarang, tidak ketat, tidak menunjukkan 'treasures' kita. 
2) Strong security. Tebal. Siap perlu ada no pin lagi kalau nak buka. Women. Jaga maruah, jadikan diri anda punya strong security! Malah, youu should also have a pin no. Pin no women adalah 

S  U  A  M  I

sebab dia berhak kan.Not boyfriends.Not fiancées. But yang benar-benar dah halal bagi kita dan kita bagi dia. SUAMI. So maruah tetap terjaga. Hee >.<
3)Tidak menimbulkan riak. Tengok safe tuh. Simple je kan? Takde lavish mana pon. Biasa sahaja. Simple. Apa yang kita sarungkan ke badan kita haruslah sederhana, agar tidak timbul riak dalam hati. 
4)Gives impression what's inside is REAL VALUABLE. Hado letak sawi dalam safe? Kangkung? Pau goreng dalam safe? No kan? Apa yang selalu dalam safe? Benda-benda like gold, diamonds. Ruby ke(ooh I like rubies). Sapphire ke. Hapo-hapo jo lah yang treasure-treasure nih. So bila kita tutup aurat dengan baik, akhlak pon dijaga, sudah bagi impression kita ini sememangnya wanita yang punya harga diri yang tinggi! Kan best tuh? hehe XD.

That is it for now, harap anology aku yang tidak seberapa ini dapat membantu pemahaman tentang pentingnya jaga aurat,jaga maruah. It is to prevent robbery! Hee >.< .

Salam bermuhasabah :)


p.s drawings by me. Sorry kalau you all dapat ketumbit dek tengok pictures aku
p.p.s seriously peringatan buat diri aku juga. Banyak gila aku 'ouch' bila baca apa yang aku tulis sendiri.
p.p.p.s do suggest improvements, I wish to be serious in blogging :)

Apabila Kemarahan jadi Penggerak

Ketika saya sedang duduk seorang diri menikmati sarapan pagi di sebuah restoran mamak, saya dapati meja di sebelah saya penuh dengan sekawan sahabat yang begitu asyik berborak dengan nada suara yang tinggi. Butir bicara mereka begitu jelas, saya seperti mendengar radio dengan frequency modulation (FM), nyaring dan menggetarkan. Topik bicara mereka berlegar mengenai isu-isu semasa dan setiap seorang melontarkan pendapat, meluahkan apa yang terbuku di dada.

Sambil mengunyah roti telur, mereka kelihatan begitu tegang dan lebih panas dengan sumber-sumber yang dikongsikan sesama mereka. Kemarahan mengambil ruang dalam bicara pedas mereka, kebencian kedengaran seperti letusan bom berangkai daripada setiap mereka bergilir-gilir.

Dalam gempita itu saya termenung dan cuba mencari jawapan tentang nasib umat ini, ketika begitu banyak isu-isu panas, namun dimanakah penyelesaiannya?


Cuba kita terjun dan menyelongkar ke dalam laci sirah Rasulullah kerana baginda adalah contoh pejuang tulen. Dengan semangat juang tinggi baginda berjaya mengubah dunia, tetapi semangat juangnya itu terbina di atas asas kukuh apabila tapaknya adalah persoalan iman, sendi-sendinya adalah syarak dan buahnya adalah akhlak.

Sesebuah perjuangan yang bergantung kepada kemarahan dan kebencian akan menjadikan kita bersemangat tetapi tidak menjadikan kita semakin kukuh.
Ia seperti api yang bergantung kepada kayu api yang kering (objek yang sangat lemah) untuk dia hidup. Apabila kayu api tiada (atau basah), tiada tempat lagi buat api untuk menyala dan membakar. Ini termasuk api yang bergantung kepada minyak, kerana minyak bersumberkan fosil hasil reputan jutaan tahun, alangkah lemahnya tempat pergantungan api!

Tanpa sumber reput api perjuangan jadi luntur yang tinggal hanya asap putih berkepul-kepul lalu sirna.

Generasi yang Lemah
Perjuagan yang hanya membakar emosi kelihatan hebat, sama seperti kepanasan api yang membakar. Masyarakat boleh dikumpulkan dengan masing-masing menyeringai kemarahan dan menyemai kebencian, tetapi di mana dan apakah kesudahannya?

Apabila akal dan rohani tidak dibangunkan, sedangkan manusia terus berjuang, maka apakah pendorong'di dalam' bagi perjuangan mereka?

Persoalan dan isu semasa menjadikan manusia manusia semakin kasar. Berapi-api di luar tetapi beku di dalam!

Semangat berjuang berada di puncak awan tetapi akal, emosi dan rohani berada di dasar tasik yang kotang, kering dan gersang!

Kita mungkin juara untuk jangka pendek kerana memenangi hati-hati manusia tetapi sebenarnya tewas untuk jangka panjang. Ini adalah kerana apabila manusia dibina kebenciannya, sifat itu akan tumbuh dengan subur sehingga sampai ke tahap ketagih kepada perkara negatif (negaholic). Setelah ini berlaku, ia akan membakar rentung semua perkara positif yang sepatutnya: Soal iman yang merupakan perkara paling asas tidak dibicarakan, pendidikan serta tarbiah hati jauh sekali, menegakkan syariat hanya jadi mainan ucapan dan mencontohi akhlak Rasulullah jauh panggang dari api!

Natijahnya, kita sedang mempersiap sebuah generasi yang sangat lemah. Inilah yang sedang dideritai oleh umat Islam di segenap penjuru alam, kita terlepas pandang kaedah Rasulullah di dalam keghairahan kita memperjuangkan agama yang dibawa oleh Rasulullah.

Apabila kemarahan dan letusan emosi semata-mata menjadi penggerak, hakikatnya kita sedang memperbodohkan umat serta membutakan akal mereka. 
Dalam keadaan buta inilah musuh mengambil kesempatan kerana tiada lagi umat ini yang celik. Tiada yang membawa fikiran bernas buat diikuti oleh umat sebagai jalan keluar 'makhrajan'. Dalam gelap-gelita inilah kita terus diruntun ke lorong berasingan dan kita tidak nampak apa yang dilakukan kepada saudara-saudara kita yang lain lalu kita menghayun penumbuk, meracik dengan parang, melibas dengan pedang kepada sesiapa sahaja dan akhirnya yang terkena semua itu adalah saudara kita sendiri. Akhirnya kita senasib umat Musa yang berpukulan sesama sendiri sehingga percikan darah serta kematian menghentikan mereka !
Hayati Sifat Rasulullah
Mari dengan jujur kita hayati sifat Rasulullah melalui firman-Nya:"Dan daripada rahmat Allah ke atasmu adalah engkau bersifat lemah lembut kepada mereka, sekiranya engkau bersikap keras kepada mereka akan lari dari sisimu, berilah mereka kemaafan buat mereka dan bermesyuaratlah bersama mereka dan apabila engkau telah berazam maka berserahlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah kasih kepada mereka yang bertawakal." (Ali Imran: 129)

Lihatlah akan doa Rasulullah saat kakinya luka, darah merah mengalir sehingga bertakung di dalam kasut baginda akibat kekejaman orang Taif:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu kelemahan dan terbatasnya usahaku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkaulah Tuhan bagi golongan tertindas dan Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah akanku menyerah? Adakah kepada mereka di sini (Taif) yang akan membinasakan aku? Ataukah kepada musuh (Quraisy) yang ingin menguasaiku. Sekiranya Engkau tidak murka tidaklah aku mempedulikannya kerana keampunan-Mu maha luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya Wajah-Mu yang menghapus segala kegelapan dan mengelokkan atasnya urusan dunia dan akhirat daripada turun kepadaku kemurkaan dsn kebencian-Mu...Ya Allah berilah mereka hidayah kerana mereka tidak mengetahui." ( Daripada Abdullah bin Jaafar yang diriwayatkan oleh at-Tabrani)

Perhatikan pula betapa halusnya tarbiah Rasulullah kepada para sahabat sebagai panduan dalam mengawal diri ketika menyelesaikan masalah.

Daripada Ibnu Mas'ud r.a.: "Aku melihat Nabi SAW bercerita tentang seorang nabi di kalangan nabi-nabi. Dia dipukul oleh kaumnya sehingga mengalir darah. Dia mengesat darah yang mengalir di wajahnya seraya berdoa:"Ya Allah ampunkanlah kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui."(Riwayat al-Bukhari)

Apabila dikatakan kepada Rasulullah; Doakanlah(kehancuran) ke atas kaum Musyrikin, Rasulullah bersabda:"Sesungguhnya aku tidak diutus sebagai pelaknat sebaliknya aku diutuskan sebagai rahmat." (Riwayat al-Bukhari)

Lihat pula bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat dengan adab dan akhlak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Abu Hurairah r.a berkata:" Seorang Arab Badwi telah buang air kecil di dalam Masjid Nabi, maka bangkitlah para sahabat lain untuk memukul lelaki ini, Rasulullah segera datang kepada mereka dan bersabda:"Lepaskanlah lelaki ini dan ambil sebekas air atau kendi." Rasulullah bersabda lagi""Sesungguhnya kalian diutuskan untunk memudahkan urusan dan tidak diutuskan untuk menyukarkan urusan."

Rasulullah berjaya mengasingkan kemarahan daripada agenda perjuangannya dan memasukkan sebanyak mungkin kebaikan dengan pembinaan akal, emosi dan rohani yang jernih. Hasilnya adalah penyelesaian yang dapat diguna pakai sepanjang zaman. Kini terserah kepada kita untuk menerimanya atau tidak.

Saya tersedar diri masih terperangkap di antara siratan sirah dan kaedah Rasulullah, serta sekawan sahabat tadi masih lagi mengunyah makanan dan belum reda menguji kemarahan.

"Mamak!kira... ."

Saya mengelui mamak untuk membuat bayaran. Saya berlalu pergi meninggalkan episod sebenar nasib umat ini yang masih tergantung.

Fikir-fikirkan...salam kasih sayang.


*Written by Zul Ramli Mohamed Razali in Anis




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...