Best Blogger Tips

Friday, 20 March 2015

Kisah adaptation #Story 1 : Sesat di Kota London


Kisah lucu – Sesat di kota London

*Kalau tak lucu soyii yahh, hiks*

Kisah ni aku sudah ulang entah ke berapa kali. Kawan-kawan terdekat pasti tahu. Kenapa? Sebab cerita ni memang significant dengan diri aku. Cerita ni pasti akan terpahat dalam kotak memori aku sampai bila-bila. Long-term punya memory. Tapi belum lagi ku abadikan dalam bentuk penulisan. Aishhh, tak leh jadi ni! Tak semena-mena aku kena amnesia (minta dijauhkan) tak ingat dah kisah ni. Haha. Kepada kawan-kawan yang dah tahu kisah ni, penulis memohon maaf menyajikan cerita basi. ;)

Well this happened in 2002.  Buat sesiapa yang tak tahu, pada tahun itu Abah aku telah ditawarkan untuk bekerja di United Kingdom.  Waktu tu aku baru darjah 3 tak silap aku. Maka terbanglah kami sekeluarga ke negara empat musim tu. Pergi negara omputih tapi English aku hancussss! Satu patah haram pon aku tak reti! Well, tak kisah lah kan. Lama-lama aku belajar lah, ade time lagi. But I never knew I needed it so soon…

Long story short, pada suatu hari (ecece macam fairytale dah) aku, Mama and Adik nak pergi pejabat Abah. Maybe time tu kitaorang dah beberapa bulan stay UK. Sampai kat stesen bus tu, Adik dan Mak aku gaduh tentang nombor bus yang perlu dinaiki untuk pergi ke pejabat Abah. Aku tak tahu menahu dan tak ambil port pon, aku ikut je. Mak aku kata nombor 53, adik aku kata nombor 35 (ekceli nombor bus bertukar-tukar setiap kali penceritaan since aku dah tak ingat, tapi pastinya nombor mana dulu mana yang kemudian yang Adik and Mama aku gaduhkan tu, hehe). Nak dijadikan cerita, bas nombor 53 tiba..

“ Haa yang ni lah basnya” kata Mama. Lalu aku masuk bas.

“Bukanlah Mama, adik ingat, nombor 35” kata Adik. Lalu aku keluar bas.

“Ish ye lah, yang ni, 53 nombor yang betulnya”. Lalu aku masuk bas balik.

Benda ni berulang banyak-banyak kali. Masuk bas ikut pintu keluar. Keluar bas pon ikut pintu keluar. Tapi Mama and Adik aku masih tercegat di stesen arguing-kan nombor bas. Tak perasan barangkali aku yang dok buat roundabout di hadapan mereka. Sekali…!

“Tap!”. Pintu bas tertutup. And waktu tu aku dalam bas! And Mama and Adik aku masih di stesen! And driver bas tak perasan since aku masuk ikut pintu keluar! And bas dah mula bergerak laju! Hohoho, kalut tak kalut aku cakap kau!

Okfoine. Aku alone dalam bas penuh dengan orang omputih dan sepatah haram bahasa orang omputih aku tak tahu. Great. Just great. Aku tak tahu nak minta tolong cemane pon! Kau bayangkan! So aku cakaplah..

“Please...please…”

Dengan muka yang dah nak nangis. Haha aku tahu please selalu digunakan untuk merayu, so aku pakailah. Perkataan ‘help’ pon taktahu, bengap tak bengap aku kocik-kocik dulu. Haihh, IQ tahap menteri dah *oopss!*  

Sorang penumpang omputih ni perasan kodd and dia paham aku in trouble waktu tu, so dia pergi ke driver and cakap ‘stop the bus’. So aku keluarlah, dengan juraian air mata cuba mencari ibu aku :’( Mama aku pasti dah perasan aku takde so probably diorang dah tak takde kat stesen lalu sesatlah aku di kota London. Dah lah aku tak kenal tempat tu. Orangnya tak cakap bahasa aku lak tu. Aku muda lagi pulak tu. Kesian aku kecik-kecik dah stress gila gaban. Pastu!!!! Part ni yang kunun lawaknya tu..

Aku dihampiri oleh an African lady. Waktu tu aku dah nangis nangis merintih rintih sebut ‘Mama, mama, mama’.

African lady : “Heyy child where is your Mom? Did you lose your Mom?”

Aku : *Aku niatnya nak cakap AKU TAK TAHU. Tapi aku hanya tahu translation untuk Aku (I) dan Tak (No).. jadi bunyinya “I no.. I no..I no” *nangis-nangis*

Tapi of course, didengarinya adalah ‘I know’ iaitu ‘Saya tahu’. Maka konfiuslah African lady itu..Yelah kalau dah 'know' buat mende tercegat situ nangis-nangis kan? Jadi dia dok point semua perempuan bertudung sebut ‘Is that your Mom?’ atau ‘Is she your Mom’ and aku pulak tak putus-putus sebut ‘I no..I no.. I no..’ Dia pon naik tension agaknya lalu dia cakap ‘If you know, then where is your Mom?’ Hahahahaha sengal en aku.  Benda ni berlaku berulangkali untuk satu jangka masa yang agak lama jugak, and then, ALLAH NAK TOLONG!

Aku nampak cleaner tempat aku stay. Dia Indonesian, jadi keluarga aku rapat dengan dia. So aku pergilah ke arah dia. African lady tu mula-mula tanak lepaskan aku, cakap dia akan bawa aku ke police tapi nasib baik cleaner tu insist dia kenal aku and boleh bawa aku balik ke pangkuan keluarga. Alhamdulillah.

Sejak dari hari itu aku praktis dalam shower sebut hari-hari  ‘I don’t know, I don’t know’..

And kini aku dah bakal English teacher dah. Boleh lah aku sajikan kisah ni untuk anak-anak murid aku kelak. Cikgu kamu yang punya parah Bahasa Inggeris dia dulu kini dah jadi teacher kamu, jadi anak-anak murid jangan putus asa!

Hehe



Da'ie syok sendiri

DISCLAIMER

*This article was written last year? Methinks..Anyways share sebab rasa macam lucu.. Ada juga article yang similar HERE .

*      *      *

Bila kita jatuh cinta, kegilaan bermula. Habis semua mengenai si dia kita stalk. Dia suka makan apa, dia suka warna apa, kawan-kawan dia sapa, everything! Sebab apa nak tahu? Yelah, mestilah nak tahu, kata ponggg suka. Lagipon, kalau dah tahu, senang sikit nak approach dia .Kan?

Contoh, tahu si dia peminat kelab bola Arsenal.
Sibuk nak beli t-shirt Arsenal. Padahal tengok bola, huuhh langsung tak pernah. Ade dia, pakai lah baju tu, haa baru nampak macam ada something in common. hakhakhak !! 

Lagi satu, kita dapat tahu, favourite flowers, dia pink roses.
So, kita bagi dia sejambak! Supaya dia sukaaa.

Nampak tak? Dalam nak approach somebody, kita mengkaji sehabis mungkin.. Matlamat kita, kita nak dia suka sama kita balik. Tanak bertepuk sebelah tangan! Tanak syok sendiri! 

Begitu juga para da'ie. Kita kata, kita care for the ummah. Kita kata, kita love our family, our friends, the society. Sebab tu sanggup susah payah untuk turun berdakwah, nak menyampaikan kebenaran, nak melaksanakan amar makruf, nahi mungkar.  

Tapi perasan tak, kita ni banyak jadi da'ie syok sendiri je?

Ye, serious ss.

Dalam sibuk hendak menyampaikan, adakah kita mengkaji orang-orang yang kununnya kita nak kasi dakwah ni?
Mereka ni bagaimana?
Suka apa?
Adakah selama ini, cara penyampaian dakwah kita disukai, disenangi?  

Kalau ada orang komplen mengenai cara (dakwah) kita, cakap kita bosan, rigid, otak sempit..jawapan gila cliche..

'Allah nak uji aku ni. Nak tahu sama ada aku kuat ke tidak dalam berdakwah. Pedulikan orang. Aku tak hidup untuk please humans, but to please Allah'.

Yessss, aku paham wehh. Kita hidup dunia ni, nak kejar redha Allah, bukan redha manusia. TAPI, INGAT!
Hablumminallah dan hablumminannas, harus seimbang yowww. Kita dakwah punya takde strategi sampai orang pandang buruk pada dakwah tu. Sampai orang tak suka. Tak suka pada dakwah, tak suka pada pendakwah. Haa, adakah Allah akan suka?  

Lagi-lagi kita sebagai da'ie, harus dekat di hati masyarakat. Jadi, nak berdakwah perlu strategi. Kita perlu kaji, apa orang yang kita nak dakwah ni, suka. Orang yang sedang dilamun cinta akan bagi all out supaya cinta dibalas. You people, da'ie da'ie sekalian, harus begitu juga. Pikat hati masyarakat. Da'ie syok sendiri, Jangan sekali! Jadilah da'ie yang fleksibel, kreatif dan disenangi..

Hehehe.. ayat iklan sangat..

#SalamMuhasabah



Wednesday, 18 March 2015

Enough with the 'If I can do it, why can't you' backlash





‘Eeee, apa masalah dia sebenarnya? Aku watlek watpeace je, yang dia rasa payah sangat da kepehal? If I can do it, why can’t she?’

‘Aku dulu pernah jugak berada dalam posisi dia weh. Sama jawatan, same problem. I handled it just fine. Dia tu yang reti hadapi’

*          *          *
Sounds familiar?
Lazimnya ini berlaku bila kita lihat incompetency mereka yang lain. Dan lazimnya peluang nak lihat incompetency ni di tengah-tengah kehangatan konflik, time buat kerja bersama dll.

PALING LAZIM ayat ni terpacul dari mulut seseorang bila dia sudah mampu, so tengok orang lain tu tak mampu geram sangat rasa.

Dalam kemarahan aku, ada jugak terpacul ayat-ayat yang similar.

Bila fikir balik rasa nak tembak my old-self dengan peluru kesedaran bertubi-tubi!

Honestly, enough already with the ‘If I can do it, why can’t she/he?’

Tanya diri sendiri, adakah segala kemampuan orang yang diperlekehkan itu, kau jamin dapat buat?

Kalau dia pandai kawal marah, kau mampu?
Kalau dia pandai senyum time hati tengah robek, kau mampu?
Kalau dia pandai tahan diri dari mengumpat, kau mampu?
Dan entah apa lagi kelebihan dia yang tak diketahui..


Jadi mengapa kau persoalkan kekurangan dirinya sewenang-wenangnya?

‘Eh tak boleh ke kita nak tegur kekurangan? Apa nak biar sahaja? Ini untuk kebaikan orang itu jugak ok. ‘

No, no. Boleh naik gila aku kalau segala kekurangan kita buat senyap sahaja, tanpa ditegur. Aku juga ada kekurangan yang perlu teguran.

Yang aku nak HIGHLIGHTKAN adalah mempersoalkan kekurangan orang lain berdasarkan kelebihan diri sendiri. Mana fair wohh dudes and babes.

Family background, sama kah?
Konflik yang pernah dihadapi, sama kah?
Kawan-kawan, sama kah?
Hatta adik-beradik pon boleh bagai langit dan bumi perbezaan personalitinya ini kan orang luar weh!



So how the heck could you expect a person to have the exact same capabilities as you?

What might be easy for you might be damn difficult for others.
And what might be damn difficult for you might be easy peasy for others.

Open up your mind a little. 
‘Apa yang susah sangatnya? Aku ok je buat’ <-- This sentence? Get rid of it from your life’s dictionary.

Kekadang tu kita terlalu menemplak masalah kita lupa nak cari root problem.

Everyone is the way they are because of a reason.
It doesn’t mean that all their weaknesses and bad qualities can be excused, but it DOES mean that we must have some understanding on our part.

Salam munasabah.
#Sentapanuntukdirisendiri

P/S :

There are two sides of the coin to this.

If you are the person who feels others are in need of change (THEY're the ones incompetent), have PATIENCE and UNDERSTANDING. Have some PERSPECTIVE and EMPATHY. It’s not easy, but the inability to have patience, understanding, perspective and empathy is what’s lacking in your part, so fix yourself first.



If you are the person who are constantly told to change, and yet you find it difficult because of your family background, past experiences bla bla bla. I get it. People say it’s just an excuse but it’s not. No one truly can truly understand your struggles coz no one is you. But life’s circumstances cannot define you and it should not. In the end it is still your choice, so you can tell your family background, past experiences bla bla bla they can buzz off and you will decide how you should be, despite everything.

Peace :)

Sunday, 15 March 2015

The slow blooming seed of good deed


Kalau tengok gambar ni aku rasa nak nangis. Mungkin sebab arwah cousin pon ada tanam pokok mangga dan sampai sekarang kalau balik kampung kami dapat menikmati buah mangga yang manis. 

Tapi bukan itu fokus penulisan aku kali ini. Aku mahu melihat gambar ini lebih dari makna 'literal' dia. 

Kalau kita tengok dalam gambar di atas ni, ada seorang lelaki menanam pokok. 
Pokok itu kemudiannya dapat menyediakan dahan, lantas menjadi tempat anak dia bermain buai.
Seterusnya untuk cucunya pokok itu menjadi tempat berteduh untuk dia membaca buku...
dan seterusnya untuk cicitnya pokok itu memberi buah untuk dinikmati..

Itu adalah makna literal gambar.

Tapi jikalau kita lihat gambar ini dengan konsep yang lebih 'deep', kalau kita analogikan..

Pokok itu ibarat harapan.. yang tidak menampakkan hasil dengan segera. 

Ibarat usaha dakwah yang nampak sebegitu kecil, yang langsung tidak nampak akan sumbangannya kepada ' the big picture' atau 'the ultimate agenda'

Secara analoginya, Islam itu ibarat benih pokok yang ditanam. Buah itu pula ibarat tamadun khaira ummah.

We're not there yet, and the process is long (super duper long), but if we're keep progressing towards it, if we all work together, then we can achieve this ultimate goal! 

Tahu kisah Sultan Muhammad Al-Fateh? 

Lihat hadis di bawah :

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:-
" Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan dibawah arahannya adalah sebaik-baik pasukan."
Hadis riwayat Imam Ahmad

Hanya setelah lebih 800 tahun hadis di atas menjadi kenyataan. 800 YEARS. 

Setelah lebih 29 kempen yang dijalankan!

Terbukanya kota Konstantinopel bukanlah usaha Sultan Muhammad Al-Fateh seorang, tapi juga sumbangan usaha oleh mereka-mereka yang sebelumnya. 

So..
You never know what ever contribution you are doing to this Ummah, what ever 'seed' of good deed your doing today, might later turn itself into a 'fruit', 800 years later. 

The fruit of a better Ummah. 

So don't give up. Don't ever belittle what effect you can do for the future, for the future generation. Hayati makna 'butterfly effect'. You alone might not make such an impact. But together...we can do so much.

Bak kata seorang senior ku, perlunya untuk kita 'mencipta 'klon-klon' kita yang lebih hebat daripada kita untuk menyambung kembali tugas-tugas "ya'muru bil ma'ruf, wa yanhau 'anil munkar"' (Senior, 2015)

So get on with nurturing that 'tree' yow!

#GenerasiPenerusHarapanUmmah
#GPHU!





There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...