Best Blogger Tips

Sunday, 25 August 2013

Karangan Buat Mama

Karangan buat Mama

Sejak kecil lagi, pabila disuruh buat karangan ‘my idol’, aku berasa senang untuk buat karangan mengenai Abah. Yelah, rasa macam lagi easy, since yang ade kelulusan itu semua Abah. Abah belajo diplomanya kat mana, degree nya kat mana, master nya kat mana, kerja kat mana. Macam banyak je nak tulis. Tak pernah lagi tulis pasal Mama. Bukan tak bangga kat Mama. Bukan tak sayang kat Mama. Bukan there’s nothing to say about Mom ke hape. Tapi, tulah. Kecik-kecik kan. Nak senang belaka. Ni, at the grand old age of 20, hati tergerak nak buat karangan untuk Mama. Mama, akak minta maaf. Selama ni tak dapat nak tayang dalam karangan kat guru-guru sekolah akak betapa bangganya akak ade mom macam Mama.

Mama, pada tanggal 3 November 1993, Mama lahirkan akak. Mesti sakit kan? Akak tengok dalam kelas Biology ngeri pon ade. Lagipon Mama waktu tu muda je lagi. Baru 22 tahun. Akak ni? 20 tahun tak tahu mende pon lagi, ni kan nak kahwin, ade anak bagai. Mesti takut kan Mama? Mama, for that, thank you..

Mama, akak kalau selak album gambar akak semasa bayi, aduhh comelnyaa akak! Haha. Perah santan pula. Tahniah Mama, lahirkan bayi yang sihat dan comel. Tengok dalam gambar, terujanya muka Mama. Penuh album, mesti excited kan Mama and Abah dapat ‘penyeri rumah tangga’. Ecehwahh aku ni. Macam-macam toys akak dapat. Orang kata, anak sulung memang parents akan ‘all out’ sikit. Beruntungnya akak jadi anak sulung. Mama suka pakaikan akak dress yang comel-comel kan? Huu, koleksi dress dah kalah patung dah. Mama, for that, thank you..

 Mama, Mama kahwin agak muda, jadi waktu tu Mama belajar lagi. Mama belajar kat Universiti Malaya. Adik pon setahun kemudian lahir. Jadi, takkan nak bagi dua-dua anak Abah yang jaga kan? Akak akan ikut Mama pergi kelas, adik akan ikut Abah pergi pejabat. Mesti susah kan? Nak kena pikir belajar, pikir anak-anak. Akak dah umur 20 ni pon nak jaga diri sendiri tak lepas, ini kan keluarga. How did you do it Mom? Akak ni pulak waktu kecik dulu, perangainya ikut mood. Kadang-kadang tu eloklah, duduk diam-diam dalam kelas kuliah. Kadang-kadang tu, haa mulalah, buat perangai. Mama sabar sangat-sangat. Mama, for that, thank you..

Mama, ingat tak zaman sekolah akak. Mama yang akan hantar. Akak ingat lagi. Akak dan adik akan peluk Mama erat-erat kat motor tu.Pastu sekolah tu, tangga dia tinggi sangat. Beg akak time kecik pakai beg roda, beg akak berat. Jadi Mama yang kena mendaki tangga tinggi tu sambil bawa beg berat akak. Akak lenggang je, sampai atas tangga akak amik beg and go to class. Mama tak pernah komplen. Mama, for that, thank you..

Mama, akak ni kecik-kecik dulu belajarnya malas. Adik pulak, rajin. Pandai pulak tu. No. paling corot dia pon no. 2. Hebat kan adik? Akak ni, tahunya buat cikgu rasa sakit jiwa je. Dengan comotnya, nakalnya, kerja sekolah tak buatnya (Malah salu nangis minta Mama and Abah buatkan). Tapi Mama tegas, nak akak pandai. Pernah Mama rotan akak sebab nak tengok tv padahal sifir tak hafal lagi. Akak ingat, lagi, untuk satu pekse tu, adik dapat no. 1 (macam biaselah) akak pula (dengan ajaibnya!) dapat no.6. Mama happy sangat, beli hadiah pencil box kat kami. Walapon adik dapat lagi terrer, tapi dia dapat hadiah sama je ngan akak. Benda kecik, tapi akak terharu sangat-sangat waktu tu. Mama, for that, thank you..

Mama, lepas tu kita sekeluarga pindah ke United Kingdom. Cabaran Mama hebat. Kena didik anak-anak dengan suasana yang berbeza. Malah sekolah pertama akak di sana, sekolah gereja. Mesti Mama risau kan, influence orang sana kat akak macamane. Tapi Mama bagus. Mama and Abah dah minta akak bertudung darjah 5. Sentiasa ajar mengaji, malah ajar anak orang lain juga. Solat still check. Pergaulan ape tah lagi. Macam-macam berlaku dalam masa 5 tahun kita kat sana, kan Mama? Macam dulu, dah berapa tahun tak makan kopok lekor. Nak sangat-sangat. Abah pergi balik Malaysia sekejap dulu, dapatlah Abah belikan kopok lekor mentah sikit. Tapi sampai kat UK, dia jadi berkulat. Jadi Mama kena cermat kikis kulat-kulat tu semua, supaya anak-anak yang dah lama tak makan kopok lekor ni dapat rasa. Raya kat sana pon tak sama. Bila dah menganjak besar tu, memang takde baju raya dah lah.  Mana nak belinya? Kain pon tak jual. Tapi Mama usaha jugak, carik blouse yang lawa-lawa sikit, so dapat lah juga rasa bergaya hari raya. Mama, for that, thank you..

Mama, sekelip mata sahaja, akak dah menginjak remaja. Ni lah fasa paling hebat untuk para ibu bapa semua kan? Haha. Aduh, bila ingat, malu rasanya. Lagi-lagi bab ikhtilat ni. Remaja tahunya nak bebas je. Orang buat ini, kita nak jugak. Tak pikir baik buruk sesuatu tu. Waktu akak form 2, akak dah minta henpon. Alah, henpon nokia paling murah tu je pon. Tapi, murah-murah benda tu pon, itulah yang menyesakkan hati parents tahu? Bila dah pandai texting ni, Mama sentiasa akan cek. Kalau ade mesej dari lelaki ke, miscall dari laki ke, memang Mama sound. Tapi akak buat pedulik je. Pandai-pandailah delete. Sampai suatu tahap tu, Mama rampas henpon. Berapa bulan ntah tak dibenarkan pegang henpon. Dapat henpon balik, perangai mula balik. Tengah dok khusyuk texting tu Mama rampas, Mama call lakinya, Mama sound and cakap ‘ Haaa, dah gatal sangat kan?! Mehh sini aku nikahkan’. Hahaha, Mama ingat tak laki tu kecut perut ketar lutut terus letak henpon. Tak berani dia. Dulu akak tak faham, persoal kenapa akak dikawal begitu? Sekarang akak dah faham. Mama, terima kasih. Akak tak pernah lagi couple, Alhamdulillah. Dulu sebab takut Mama and Abah marah, sekarang tak buat sebab dah faham. Mama, for that, thank you..


Kalau nak citer pasal Mama ni, karangan lapanpulohlapan pages pon tak habis. Sebab jasa Mama, tak leh nak tulis dalam suatu karangan sahaja. Tak terbalas, sungguh! Dan akak cukup tabik, Mama and Abah boleh raise akak yang punyaaaaaaaaa macam hal ni. Dengan pernah hilangnya(kat tengah-tengah kota London you, kesian Mama and Abah), gemar panjat pokoknya (salu balik luka-luka and baju koyak), suka main kotornya (mandi lumpur!woo), perangai slothnya, clumsy YANG AMAT SANGAT nya, dan macam-macam lagi lah. Akak banyak kali terharu sepanjang jadi anak Mama. Mama, for that, thankyouuuuu so much! I can’t say everything I want here but I love you very very very very very very much!! Truly! I love you Mommy, aka Pn. Sadlina Binti Johari, you’re de best. Mama, I’m sorry for my mischiefs, disobedience and trouble. Thank you for making me a very happy daughter. Moga Allah kurniakan syurga buatmu Mama, aamiin J
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...