Best Blogger Tips
Showing posts with label Anology. Show all posts
Showing posts with label Anology. Show all posts

Sunday, 15 March 2015

The slow blooming seed of good deed


Kalau tengok gambar ni aku rasa nak nangis. Mungkin sebab arwah cousin pon ada tanam pokok mangga dan sampai sekarang kalau balik kampung kami dapat menikmati buah mangga yang manis. 

Tapi bukan itu fokus penulisan aku kali ini. Aku mahu melihat gambar ini lebih dari makna 'literal' dia. 

Kalau kita tengok dalam gambar di atas ni, ada seorang lelaki menanam pokok. 
Pokok itu kemudiannya dapat menyediakan dahan, lantas menjadi tempat anak dia bermain buai.
Seterusnya untuk cucunya pokok itu menjadi tempat berteduh untuk dia membaca buku...
dan seterusnya untuk cicitnya pokok itu memberi buah untuk dinikmati..

Itu adalah makna literal gambar.

Tapi jikalau kita lihat gambar ini dengan konsep yang lebih 'deep', kalau kita analogikan..

Pokok itu ibarat harapan.. yang tidak menampakkan hasil dengan segera. 

Ibarat usaha dakwah yang nampak sebegitu kecil, yang langsung tidak nampak akan sumbangannya kepada ' the big picture' atau 'the ultimate agenda'

Secara analoginya, Islam itu ibarat benih pokok yang ditanam. Buah itu pula ibarat tamadun khaira ummah.

We're not there yet, and the process is long (super duper long), but if we're keep progressing towards it, if we all work together, then we can achieve this ultimate goal! 

Tahu kisah Sultan Muhammad Al-Fateh? 

Lihat hadis di bawah :

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:-
" Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan dibawah arahannya adalah sebaik-baik pasukan."
Hadis riwayat Imam Ahmad

Hanya setelah lebih 800 tahun hadis di atas menjadi kenyataan. 800 YEARS. 

Setelah lebih 29 kempen yang dijalankan!

Terbukanya kota Konstantinopel bukanlah usaha Sultan Muhammad Al-Fateh seorang, tapi juga sumbangan usaha oleh mereka-mereka yang sebelumnya. 

So..
You never know what ever contribution you are doing to this Ummah, what ever 'seed' of good deed your doing today, might later turn itself into a 'fruit', 800 years later. 

The fruit of a better Ummah. 

So don't give up. Don't ever belittle what effect you can do for the future, for the future generation. Hayati makna 'butterfly effect'. You alone might not make such an impact. But together...we can do so much.

Bak kata seorang senior ku, perlunya untuk kita 'mencipta 'klon-klon' kita yang lebih hebat daripada kita untuk menyambung kembali tugas-tugas "ya'muru bil ma'ruf, wa yanhau 'anil munkar"' (Senior, 2015)

So get on with nurturing that 'tree' yow!

#GenerasiPenerusHarapanUmmah
#GPHU!





Wednesday, 8 October 2014

Mad'u bunga dan mad'u pinecone

'Adalah hujan yang menyemarakkan bunga, bukan petir'

'Your point?'

' Dalam 'menyemarakkan' peribadi mad'u, 'approach'nya perlu gentle macam hujan, bukan gerun macam petir. Daie sekarang terlalu bersifat petir dari hujan'



'Huhu. Betul tu. Tapi kau ambil contoh bunga. Bunga memang kena gentle dengan dia. Sifatnya 'delicate' gitu. Perlu berhati-hati. Tapi bagaimana pula dengan buah pinecone?

'Kenapanya dengan buah pinecone? Macam lari topik je kau ni'

'Haha. Untuk 'menyemarakkan' buah pinecone (nak sebarkan benihnya jadi pokok), pinecone itu perlu undergo intense heat. Dalam erti kata lain, pinecone ni perlu kena dengan api baru boleh keluar benih jadi pokok. Sebabnya pinecone ni keras diselaputi dengan cecair pekat bernama resin. Hanya api boleh mencairkannya. Bukan hujan. Itu fasal hutan kekadang perlu 'forest fires' ni. Untuk tampil lebih cantik.

'Jadi maksud kau kita perlu daie bersifat api? Begitu?'



'Haha. Sama ada nak ambil approach api atau approach hujan perlu consider mad'unya pesen apa. Adakah mad'unya bersifat bunga, (perlu berlembut dengannya) atau bersifat pinecone (perlu pendekatan yang lebih tegas). Ada faham?

'Ooo. Jadi kita harus fleksibelkan diri lah ye? Mengikut 'target' kita?'

'Yes. Lain orang lain cara. Ada yang mengibaratkan daie ni umpama doktor dan mad'u sebagai pesakitnya. Doktor, tugasnya yang pertama adalah harus mendiagnosis pesakit. Cari masalahnya apa. Apakah kaedah paling sesuai. Kemudian baru beri ubat ubatan yang sepatutnya. Begitu juga daie. Setelkan taaruf dan tafahumnya. Fahami mad'u. Baru beri 'ubat' berupa kata nasihat dan teguran'

'I see. Tapi ramai daie 'skip' part diagnosis tu kan? Terus aja bagi 'ubat''

'Itulah pasal, niat nak menyembuh, tapi pesakit makin sakit. Niat nak menasihati, tapi mad'u makin jauh. Walhal nabi pun suruh kita mendekati mad'u mengikut kemampuan akal mereka. '

'Faham faham. Tapi kan dude, kau tadi sebut dua jenis mad'u je. Mad'u bunga dan mad'u pinecone. Aku nak jadi mad'u pesen lain boleh?

'Haha. Kau nak jadi mad'u apa? Dan dah kenapa?'

'Kau tahu bunga silphium perfoliatum? Dia pesen bunga yang boleh tahan extreme weathers. Kena gasak dengan banjir ke salji ke watlek je. Weather biasa biasa macam hujan pon watlek je. Aku nak jadi mad'u pesen bunga yang ni. Kekadang kita terlalu fokus nak beri nasihat macamane, jadi daie yang macamane, terlupa nak belajar TERIMA nasihat macamane, jadi mad'u yang macamane. Bagaimana silphium menerima variety cuaca, aku mahu belajar menerima variety approach daie.'

'Betul tu. Kekadang kita kena bersikap berlapang dada. Daie datang pelbagai cara. Ada yang buat style gentle ada yang gasak sikit. Tak mustahil mereka ada silapnya. Jadi takleh jugak nak demand 'Selagi dia tak nasihat aku soft soft jangan harap aku dengar' Takleh jugak 'huhh! Nasihat aku gaya lembut lembut  ni untuk aku yang hati batu mana hingin aku dengar'. Ego tu namanya'

'Jadi mad'u adaptable gituhh.'

'Dan jadi daie fleksibel gituhh. Pehhh. Mantap amar makruf nahi mungkar di donia ini nanti'

'Kita saling berpesan-pesanan ye bro'

'InsyaAllah. Teguran itu kan tanda kasih sayang.'


Peah : Saya pesen bunga. Bercita cita jadi silphium. InsyaAllah aamiin.




                                                                   *Tamat*

Friday, 30 May 2014

Al-kisah gajah yang berputus asa dan keldai yang tak berhenti berusaha


Haloooo. Kalau korang perasan sekarang trend kita belajar dari binatang. Belajar dari panda, belajar dari babi. Femes amos binatang sekarang I tell you, jeles I tau. Gegegegegegege ayat minta penampor. Anyways, sekarang ni aku nak kongsikan dua kisah berkenaan binatang. Satu pasai gajah, lagi satu pasai keldai. Kita boleh belajar sesuatu daripada mereka ni tau! 

Kisah satu - Gajah yang berputus asa


Pada suatu hari, seorang lelaki berjalan-jalan mengelilingi sarkas. Ye, dia datang sebab nak tengok pertunjukan aksi gajah. So beliau ronda-ronda lah keliling sarkas tu, mana tau, sebelum pertunjukkan boleh nampak gajah-gajah yang akan beraksi. Nak dijadikan chegito, dia pongg jumpa gajah itu. Dan alangkah terkejutnya beliau apabila melihat...

HANYA TALI KECIL SAHAJA YANG DIIKAT PADA KAKI HADAPAN MEREKA! 

Tiada rantai, tiada sangkar ke hape. Cuma tali kecil itu. Kalau mereka (gajah-gajah itu) nak, gerak sikit pon confirmmmm putus! Lari lah sebebas-bebasnya. Yang hairan nya, gajah-gajah tu duduk diam saja. Pelik bin ajaib sungguh lelaki tu. Curious habis dia. Tak puas hati dengan apa yang dilihatnya (entah-entah gajah ni diberi dadah ke) dia pon bergerak berjumpa orang yang bertugas untuk menjaga dan melatih gajah-gajah sarkas itu. 


Lelaki itu lalu mempersoalkan kenapa gajah-gajah itu bersikap seperti itu. Tidak melawan walhal mereka boleh sahaja putuskan tali itu dengan senang. "Ohhh itu, " kata jurulatih berkenaan, "ketika mereka kecik dahulu (muda) kitaorang  telah gunakan tali saiz yang sama untuk mengikat mereka dan, pada usia itu, ia sudah cukup untuk memegang mereka. Apabila mereka dah besar, mereka telah di-mindset kan bahawa mereka masih lagi belum mampu untuk melepaskan diri dari ikatan tali itu. Mereka masih percaya bahawa tali kecil itu boleh memegang mereka , jadi mereka tidak pernah cuba untuk membebaskan diri. "

Lelaki itu kagum . Haiwan ini pada bila-bila masa boleh membebaskan diri daripada ikatan mereka tetapi kerana mereka percaya mereka tidak boleh, mereka telah terperangkap di takuk lama selamanya.

Cerrr kita reflect dengan kehidupan kita. Berapa ramai daripada kita yang melalui kehidupan dengan kepercayaaan kita tidak mampu buat sesuatu, hanya kerana kita pernah gagal sebelum ini dalam percubaan? Dek kerana kegagalan yang satu itu, kita berhenti mencuba dan berputus asa! 

Kegagalan adalah normal; ia lumrah hidup, tidak dapat lari daripadanya. Ia harus dijadikan sebagai suatu pembelajaran, bukan penyekat untuk terus berusaha. So uols janganlah jadi seperti sang gajah ye! Keep it up and don't ever give up! 



Kisah dua - Keldai yang tak berhenti berusaha



Pada suatu hari (pada suatu hari lagi, langsung tak kreatif aku nim, huarghhh ahhh lantak kikikiki maap) keldai kesayangan seorang lelaki telah jatuh ke dalam lubang yang dalam. 




Dalam gilaa yowww, lelaki tu dah cuba sehabis baik dah nak tarik keldai dia, tapi gagal! Masa berlalu dengan pantas, dan melihatkan dia dah ikhtiar sehabis baik, dia pon membuat keputusan untuk tanam keldai kesayangan dia tu hidup-hidup. 'Yelah, baik dimamposkan je dari seksa dia lapar segala' pikir lelaki itu. Jadi dengan berat hatinya, dia pergi amik tanah dan dia tuangkan tanahnya itu ke atas keldai..



Keldai merasai hempapan (ehh ada ke perkataan ni???) tanah ke atas badan dia, lalu dia pon kirai (goncang) tanah tu dari badan dan dia pon naik sikit. 





Tuan dia tuangkan lagi tanah tu.. sekali lagi keldai tu kirai tanah dari badan dia. 

Tuan keldai tuangkan tanah, keldai kirai lagi dan lagi dan lagi. 


Semakin banyak tanah dituang, semakin tinggi paras tanah tu, maka makin tinggilah kedudukan keldai tu sebab keldai tuh sentiasa kirai tanah yang dihempapkan dan naik ke atas tanah yang baru dicurahkan.




Setelah sekian lama, keldai tu pon selamat ke darat! Wuhuuuu, happy ending!

Kalau kita analogikan. Lubang tu adalah kehidupan kita. Tanah yang dicurah/dituang adalah cabaran, masalah, ujian, cubaan dalam kehidupan. Kalau kita tepis masalah-masalah yang dihadapi lalu kita 'move on' (sepertimana mana keldai naik ke atas tanah yang baru dicurahkan) pasti kita akan bertemu kejayaan! (sepertimana berjayanya sang keldai menemui darat!).

Kesimpulan

Apa beza sang gajah dan keldai? Well diorang dua-dua pernah terperangkap (dalam masalah; gajah dengan kakinya yang terikat, keldai terjatuh dalam lubang). Cuma sorang usaha sorang tak usaha saja. Gajah dia gagal sekali melepaskan diri dia tanak usaha dah. Keldai walaupon tuan dia gagal berkali-kali nak tolong dia, dia usaha jugak. 

Tahu formula success apa?


And of course du'a!  May we all be granted with glorious success, InsyaAllah! 

Ayat Al-Quran

Firman Allah Taala bermaksud:

“….Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan….” (Al-Anbiya:35)

&

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

The original version of the stories is in English. Credits here
Donkey in a hole comic here

Thursday, 29 May 2014

Analogi mudah berkaitan isu ‘Don’t rape’ dan ‘Don’t get rape’

Pemahaman masyarakat

Haaa gituhhh. Aku kembali dengan satu lagi analogi. Aku amat suka analogi. Bagi aku analogi ni memudahkan pemahaman sebab ia memberi kesan visual pada minda. Does that make sense? Papelah, kali ni aku nak propose suatu anologi berkaitan isu yang sudah pon aku tulis diatas, iaitu ‘Don’t rape’ dan ‘Don’t get rape’. Apakah beza antara dua itu? Well don’t rape adalah pesanan buat laki-laki, manakala don’t get rape adalah pesanan buat gegurls sekalian. ‘Kes rogol – who is to blame’ banyak didebatkan. Adakah rogol ni salah laki ke salah pompuan?

Well ada pesen manusia yang cukup bertuah tu kalau bab kes rogol ni, suka sangat menundingkan jari kat pompuan. Pompuan tu seksi lah, pompuan tu caya sangat kat jantan tu, pompuan tu bodoh lah semua ada.  Siap kasi peribahasa dia..

‘Kucing mana yang menolak ikan?’

Seolah-olah lelaki tiada daya usaha langsung kalau nak mengelak dari rogol ni. Seolah-olah gegurls memang menjemput untuk dianiyakan. Dan lagi satu, kucing tu binatang. Dia ada natural instinct. Tujuan dia pon untuk survival. Dia mana leh beza baik buruk, betul tak betul. Dah ada ikan tu dia ngapp lah. Yang laki nak mencontohi kucing kenapa, gegegegegege.


Gegurls and boboys sekalian…

Laki-laki bukan panadol soluble and pompuan bukan air. Bila bertembung terus dengan AUTOMATIKNYA jadi vigorous reaction. Kita ni manusia, ada akal, bukannya chemical elements.  Kita diberikan nikmat untuk berfikir secara rasional, membuat keputusan, menganalisis tindakan yang akan dibuat. Hakikatnya rogol ini adalah SEBUAH PILIHAN. Bukan automatic reaction mahupon involuntary reaction macam knee jerk tu.  Kalau ia adalah automatic reaction, maka habislah kita wanita. Habis semua pakat laki nampak pompuan seksi, alone, tempat gelap, terus merogol.  So analogi aku hape..?



Analoginya..

Well. Memandangkan team pembangkang (eceh buat gaya debat pulakkk) menggunakan peribahasa binatang untuk menegakkan benang yang basah, maka aku pon nak pakai binatang untuk keringkan benang tu and kasi ia lurus (sengal, I know, maapin guwe). Hahaha. Gituh., tadi bukan main bebel cakap kenapa contohi binatang bagai. Lek lek baca dulu.

Tahu tak pasal pemburuan haram badak dan gajah? Well gajah dan badak dua-dua diburu dek tanduk depa tu. Kalau untuk badak kita panggil horn, gajah punya kita panggil tusk. Meme kejam aku cakap kau pemburu haram ni. Dia nak amik horn and tusk tu dia bunuh dulu binatangnya. Kasihan betul.

Aku disini buat analogi

Perogol = Pemburu haram
Perempuan/potential victims of rape = Badak / gajah

Haha sorrryyy gegurls and boboys.

SEKARANG NI. Kalau dalam kes berkenaan, kita suruh badak and gajah tu supaya berhati-hati dengan pemburu ke kita suruh pemburu untuk hentikan pemburuan haram depa tu? Mesti kita suruh pemburu tu yang stop. Kita kasi saman orang yang memburu. Kita masukkan dalam lokap. Pasai apa? Sebab punca masalah segala adalah dek pemburu. Pemburu yang tamakkan harta (horn and tusk tu teramat lah mahal apabila dijual di black market).


Sama macam kes nga perogol wehh. Laki yang merogol, yang buat salah, kenapa suruh perempuan je yang menjaga diri? Keyhhh fine badak and gajah tu mana boleh pikir sendiri, mana boleh suruh jaga diri. Dah tu hang uat analogi kucing tu pasai apa? Kucing pon tak dapat pikir. Haaa. Kalau pemburu haram ni ada kita nak consider background dia ke hape? Oh tidak! Terus kita marah dia buat aniaya kat binatang. Tapi perogol kita nak consider latar belakang family semua. Ni dia buat sesame manusia kodd! Hakikatnya dia boleh pilih nak buat jahat ke baik. Kalau semua orang ‘dimaafkan’ untuk berbuat jahat sebab latar belakang family broken kena dera segala, habis gasaklah dunia ni. Hancurrrr. Nak selidik family background dia silalah, tapi janganlah seolah-olah menjadikan ia alasan dia ‘dibolehkan’ buat begitu. Ingat, bersepah-sepah orang dari family tak elok tapi dia jadi manusia. Tahu tak kisah dari zaman Nabi Musa dimana seorang anak yang taat perintah agama menjaga mak bapa yang dah bertukar jadi babi (kerana melakukan dosa besar). Parents dia non-practising, tapi nanti dia (anaknya) akan berjiran di syurga bersama Nabi Musa!


Tapi. Saman, masukkan dalam lokap pon tak kesan sangat tau dengan pemburu-pemburu ni. Dorang pikir untung yang leh dapat. Satu horn tu boleh cecah 300,000 dolar amerika tau! Punya mahal. Kalau nak mata duitan tu letak tepi lah saman ke lokap ke. So apa yang conservationists buat? Well, dorang inject  binatang tu sampai pengsan, pastu potong lah tusks and horns tu. Yelah, bila dah remove, hilang point lah nak buru. Takde pulak aku dengar orang buru sebab daging dorang sedap ke hape. Meme diburu sebab tusks and horns depa tu.  Dah takde tusks and horn tu maka berkurangan lah kes pemburuan.


                Jadi maksudnya apa? Selain dari pemburu haram disuruh untuk stop memburu, sebagai precaution (untuk orang yang tak reti bahasa) maka rhino and gajah pon kena lah dibuatkan sesuatu pada mereka untuk dielak diburu. Kalau benda ni diaplikasikan pada kes rogol, it basically means gegurls pon kena lah berhati-hati dan mengambil langkah tertentu agar tidak jadi mangsa rogol. Pakai baju tu tutup aurat. Jalan jangan sensorang. Jangan lalu tempat gelap. Jangan percaya sangat kat laki nim. Keluar baca lah mathurat, ayat kursi . Minta perlindungan dari Allah. Inilah usaha dari pihak pompuan. Ikhtiar.
  


Islam itu syumul dan adil

Islam ni lengkap I tell you. Garis panduan dah sedia ada dah, tinggal amik tanak amik je. Dan ia tak berat sebelah. Kalau laki-laki diberi perintah sekian-sekian tapi tidak pada perempuan dan sebaliknya, pasti ada hikmahnya.  Kalau orang nak cakap rogol adalah untuk melempiaskan nafsu, Islam dah gariskan camne nak buat bab nafsu ni

Rasulullah bersabda, bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat).” – (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).

Takde dimention khas untuk laki-laki je or pompuan-pompuan je. Dua-dua laki and pompuan kalau nak pelihara nafsu, eloklah kawin.  Tak mampu, puasa.

Apa lagi?

 قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ ° وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
سورة النور, أية 30-31

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.”
Surah an Nur, ayat 30-31 

Nampak tu? Laki-laki beriman, wanita yang beriman. Dua-dua kena jaga.

Kesimpulannya..

                Tak usahlah tunding jari, khususnya pada wanita kalau bab kena rogol ni. Aku sedih tau. Salu yang menuduh ni, perogol tu langsung tak dipersalahkan.  All the blame is on the shoulders of the victim. Cer kau pikir, kau kena rogol, dara hilang, malu, sakit, traumatized for life.. pastu orang dengan senang hati cakap kau yang salah. Kau yang buat tak betul . Kau yang tempt laki tu. Apa perasaan? Kita boleh cakap sebab bukan kita yang kena, bukan ahli keluarga kita yang kena.  Cer ahli keluarga kena? Tak ke menyumpah seranah perogol tu. Ada nak buat background check ke hape? Non hadooo! Wrong is wrong lah. Banyak je kes pompuan tu tak salah hape pon. Tahu tak banyak kes rogol adalah dalam kalangan orang yang kita kenal? Meaning bukan strangers? Maksudnya rape by family members, friends. Haa. Tempat selamat, orang yang kononnya boleh dipercayai, baju salu dah betul dah, dah tu, what went wrong? Orang kalau dah nak buat jahat, tak kira tempat or mangsa wehh.  

‘It takes only one side to create war. But both sides are needed for peace’ – can’t remember who.

                  Senang citer, marilah kita sama-sama main peranan. Khususnya laki. No reason eyhh to rape ni. Dosa besar, perit nak tanggung kat akhirat nanti.

Kalau ade lagi orang buat statement berbunyi ala-ala pompuan yang salah, laki tak dapat kawal diri mereka sebab pompuan punya fasal, pompuan yang vulnerable jadi easy target,  tunggu sajalah aku paste link post ni kat comment. Mohon baca sampai habis. Tak setuju dipersilakan untuk kata. Hakikatnya kena terima, takde benda salah kat dunia ni kita buat boleh lepas dengan alasan. Allah soal nanti ingat boleh nak tunding-tunding jari?




Sekian sahaja daripada aku. Aku minta maaf kalau post ni berbaur emosi marah, tapi meme aku geram sikit. Kita harap laki ni jadi protector. Bukan sang danger. Ni lain jadinya. Jadi protector kepada sang danger. Hok orang yang salah kita pertahankan. Aduh pening kak peahhh ni haaa.

Moga kita semua diberi pelindungan, dari berbuat jahat dan dari kejahatan itu sendiri. Aamiin. Salah silap harap ditegur. Selamat beramal :) 

Monday, 28 November 2011

Trend ‘Taqrabu Az-zina’ Sebelum Bernikah

Analogi Harimau dan Nyamuk

        Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
       Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
        Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? 
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?     
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. 
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)


Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

            Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
            Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram. 
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat  bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya, 
Dah makan ke? 
Tengah  buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa? 
Dah tidur ke?  
Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. 
Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
            Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
            Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
            Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
          Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.    

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
            Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
 (رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

            Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
            Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
            Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
            Sabda Rasulullah SAW,
  • عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
  • Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)
Entry by Fatimah Syarha. You can read it at her own blog here.

Soffea: Entry paling ramai sentap :) Termasuk diriku :/ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...