Best Blogger Tips

Monday 23 December 2013

Kenapa aku kata hidup ni macam sandwich..

Kalau korang peka, maka mungkin perasan yang alamat blog aku berbunyi "the sandwich life'. Kenapa sandwich life eh? *Hehe soalan tanya pada diri sendiri since takde sape nak tanya, sobs*. Well, sebab aku rasa hidup ni macam sandwich! Haa, lain sikit dari orang *aku meme tak suka sama nga orang lain*. Yelah, dah dengar 'life is like a box of chocolates, you never know what you're gonna get' or 'life is like riding a bicycle, to keep your balance you have to move on' yabeda beda. Yang aku nak citer sekarang, adalah falsafah aku seniri, iaitu kehidupan tu macam sandwich! Haa, probably aku je sorang yang merasai yang demikian. Nak tahu kenapa ?? Then keep on reading..

Bagi memudahkan pemahaman, maka aku telah pon menjemput En. Sandwich.

Hai semua saya En. Sandwich, nice to meet uolss!
Terima kasih En. Sandwich atas kesudian menerima jemputan! Haha. Well, kalau korang perasan, sandwich ini terbahagi kepada 3 main parts. Well untuk aku lah. 

Pertama - Rotinya
Kedua - Isinya
Ketiga - Sayurnya 

Haha, bagi aku, kalau ade 3 benda tu, maka sandwich aku perfect! Tak jelas lagi?? Haa takpe2, aku summon En. Sandwich jap..

ARGHHH!!! SHE'S TAKING ME APART!!!

Nampak tak? Haa kalau tak nampak lagi maksudnya dah tak lama lerr tu, wakwakwakwak. *Mohon lempang*. Anyways, sekarang ni aku nak kaitkan bahagian-bahagian sandwich ini, dan kaitannya dengan kehidupan *drum roll please*


Pertama, part rotinya. Now roti ni bagi aku not bad lah. Lagu Gardenia berbunyi 'juga enak dimakan begitu saja' itu propa je lebih ! Bagi aku, roti ni makan kosong, rasa di bland je. Nothing special pon. Kalau perut bekeroncong mungkin lah makan sikit roti kosong. Salunya mesti sapu something. 

Now in life, meme ade part bland. You know,the usual stuff. Going to class, brushing your teeth, showering. Benda-benda routine tuh semua. Nothing to get excited about aiit?? Ade ke korang melompat macam babun kena cili punya seronok kalau dapat gosok gigi? Haha. Tapi benda bland ni perlu. Sebagaimana untuk dipanggil sandwich perlunya roti. Sebab sifat dia bland lah, seronok "digandingkan" dengan benda-benda bukan bland! Haa, apa dia benda bukan bland tu??


Kedua, part isinya. Now isi ni leh amik macam-macam bentuk.  Kalau aku,  suka letak daging burger. Turkey bacon ke. Taruk sekali dengan kepingan cheese, perghhhh delish aku cakap! Part ni lah yang buat aku betul-betul menghayati makan sandwich. Rasa macam berada di awangan *hxhxhx over je*. Makan macamtu je pon sedap, tapi tak kenyang. Perlu jugak roti. Roti yang bland itu. 

Macamtu jugak hidup wahai korang-korang sekalian. Dalam hidup, ade part best. Part yang menjadi highlight dalam hidup.  Melancong ke, pergi theme park ke,dapat duit ke, jatuh cinta ke. Tapi kita perlu jugak benda-benda routine nih ,benda yang tak berapa nak exciting. Takkan sebab nak excited memanjang punya pasal doplohpatjam kau enggan mandi sebab 'it's waste of time, I have exciting things to do'. Kena balance lah bro. 


Dan yang ketiga...Sayur! Part terakhir dalam sandwich yang membolehkan aku menggredkan sandwich itu sebagai perfect! Sesiapa yang kenal rapat dengan aku, tahu yang aku ni sangatlah tak suka makan sayur. Jenuh mak aku cuba latih, tak mahu. Aku akan muntah kalau mintak makan sayur. Kalau mak aku letak sayur dalam nasi goreng, aku dengan penuh sabor dan istiqamah tarik keluar satu-persatu sayur,baru makan. Yeakk sangat rasanya pada tekak aku. Tak paham aku kenapa orang leh makan camtu je, yang buat ulam-ulam tu, gahhhhhh. Tapi yang hairannya, aku sangat suka makan sayur kalau diletak dalam sandwich. Yamm yamm. Kalau beli Subway tu semua sayur aku suruh dia taruk *kecuali pickles, hehe* . 

Dalam hidup, aku leh ibaratkan sayur ni macam the bad moments in life *hehe mohon maaf kepada penggemar sayur*.   Tak best! Menci ! Hate ! @#$%^ !! Tapi, ia essential.  Ye, dalam hidup ade kalanya kita perlu sedih. Sebab dengan berasa sedih lah kita tahu apa itu bahagia! Macam ying and yang concept tu. 2 contrary forces that compliment each other. For instance, a shadow cannot exist without light. Contoh, kalau selalu fail, baru tahu bahagianya lulus kan? Kalau selalu kena reject, baru paham bahagianya diterima. Macam-macam lah sebenarnya. 

***

NOW. Gabungan 3 element ini - the bland things in life (symbolized by roti), the exciting things in life (symbolized by isi ) and the sad things in life (symbolized by veggies) is what makes life PERFECT! And it is the definition of life itself. We all go through boring stuff, fun stuff, depressing stuff because that is what life is! Experiencing all these! Having too much of anything (even fun) is not good for you, which is why you need balance.

And with balance we get this ..

I sure am delicious
P.S This is En. Kehidupan/En. Sandwich

Yes, a delishhhhh life! *And sandwich too* . 

So enjoy it!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...