Best Blogger Tips

Friday 27 June 2014

Kita semua tak matang! And never will be, muahaha!

*FACEPALM* 

Pendahuluan

Mohon buntangkan mata, lopongkan mulut, buat bunyi tersedak tanda terkezut yang AKU, si budak comot yang boleh memegang rekod dunia orang yang paling kerap dipanggil tidak matang hendak mencoret sesuatu mengenai kematangan. Homaiiii homaiiiii. Pengsan doploh saat. Hahaha. Aku pon macam ragu-ragu sebenarnya. Seolah-olah budak yang baru belajar main masak-masak hendak menjadi chef restoran terkenal. Perjalanan masih jauh, rasa cam tak layak je. Tapi konpiden itu penting, so what the heck, kalau hang sudi (please sudi please sudi ahaks) teruskanlah pembacaan ye? 

Perspektif aku mengenai apa itu matang?

Begini. Aku mempunyai perspektif yang berbeza mengenai kematangan. Segalanya bermula dari kata-kata orang. Sejak meniti usia remaja hinggalah ke young adult ni, pesan-pesan orang sekeliling aku 'Peah, kau matang lah sikit.' For each of my birthdays, pasti ada sahaja yang wish 'Harap dianugerahi kematangan. Dah besar kan, matang yok tanak macam budak-budak dah'. 

Aku pon mencari-cari lah erti kematangan ni. Apa kebenda matang ni sebenarnya wehh? Kekadang aku gi sesuatu tempat, orang cakap 'Peah dah matang lah sekarang'.. selang beberapa hari 'Ishhh Peah kau ni bila nak matang haa??'. Confuse dohh aku! Matang ni ada label kat dahi ke apa? Apa yang aku buat yang buat orang label aku tidak matang, and apa yang aku buat yang buat orang label aku matang? Aku sungguh tidak tahu. Aku juga tidak tahu dan tidak faham, kenapa orang sekelilingku semua mengejar matang. Malah ada yang declare sudah 'matang'. Wahh, dasyat habis. Kongsilah rahsia sama titewwwww (hahahak mohon jangan lempang)

Penemuan aku. Jeng jeng jeng!

Memandangkan tiada siapa yang dapat memberikan aku penjelasan mengenai apa itu matang, maka aku mencari dengan sendiri. Setelah explore punya explore, cuma ada satu definisi matang yang aku cukup setuju. Lihat di bawah. 


Yess Bruce Lee this is it! Pada aku kematangan yang dilihat dari sudut perspektif ini menjelaskan segala-galanya. Meh aku bagi points kematangan dari sudut pandang aku,sang hamba yang kerdil tapi overweight ni. 

1. Tiada istilah matang dan tidak matang. Mungkin cuma 'kurang matang' atau 'lebih matang'. Kerana matang ni adalah 'ongoing process'. Ia bersifat berterusan. Sama juga macam belajar. Takde budak yang tak pernah belajar dan budak yang sudah 100% belajar segalanya. Kerana ilmu ini terlalu luas. Begitu juga dengan kematangan. Kita PASTI ada sesuatu mengenai diri kita yang masih boleh diperbaiki. Maksudnya kita masih ada ruang untuk menjadi lebih baik, untuk improve, maka 'kematangan' masih tak dicapai. Memandangkan kita ni dikurniakan sifat lupa, tak maksum, maka kesilapan dan kekurangan tu sah sah pasti ada dan sentiasa ada.Pada aku melabel seseorang tidak matang sama juga dengan mengatakan pada dia bahawa dia tidak pernah belajar apa-apa.Dan mengisytiharkan diri itu matang seolah-olah mengatakan bahawa dia sudah belajar segala-galanya.

2. Aku melihat ramai meng-rigid-kan konsep matang ni kepada beberapa perkara; antaranya pengurusan diri, sentiasa bersikap serious,berkebolehan untuk menerajui pimpinan, kurang gelak dan main, dan pandai marah orang bawahan. Pada aku,konsep matang sebegini, sempit. Matang pada aku, adalah segala perkara yang kita belajar untuk menjadi lebih baik. Aku melihat kematangan pada orang yang reti berucap terima kasih setelah dibantu. Pada orang yang meminta maaf setelah berbuat kesalahan. Pada orang yang tidak segan untuk menyatakan kasih untuk sahabatnya. Hatta pada orang yang hanya makan nasi bujang kerana tidak mahu menyusahkan makbapak dengan meminta duit! Tiada sapa yang sepenuhnya matang, dan tiada sapa yang sepenuhnya tidak matang. Jadi kenapa melabel? Aku adalah pemerhati. Budak itu perangai happy-go-lucky habis, havoc bila dia ada, tapi bila diberi tanggungjawab untuk buat kerja, dia buat dengan dedikasi. Bukankah itu kematangan? Budak itu suka main-main, tapi bila diuji, dia beristighfar dan munasabah, tenang relakkkss dan menerima ketentuan. Bukankah itu kematangan? 



3. Kalau dengan mempunyai kematangan seseorang itu mudah menjadi judgemental, maka biarkan aku 'tidak matang'. Kalau dengan mempunyai kematangan seseorang merasakan diri dia sudah bagus, maka biarkan aku 'tidak matang'. Aku menyukai kalau aku boleh melihat kebaikan dalam setiap orang. Aku juga menyukai kalau aku sedar bahawa masih terlalu banyak pasal diri ini yang harus diperbaiki.



4.Aku tidak memarahi mahupun menyimpan dendam terhadap orang yang pernah mengatakan aku tidak matang. Kerana itu benar. Actually benar tapi kurang tepat. Aku 'kurang matang'. Kerana aku masih belajar. Bila diingatkan sebegitu, tandanya orang melihat aku mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik lagi. Alhamdulillah. Kawan-kawan, perluaskan lah konsep matang itu. They say experience is the best teacher. We all have different experiences but why are expected to have the same qualities? Bukankah Umar Al-Khattab dan Abu Bakar berlainan sungguh sifatnya? Tapi Rasulullah SAW menerima perbezaan mereka. Seringkali kita diminta untuk matang sebagaimana orang yang lain.Orang ni matang tang ni, yang ni matang tang lain. Kalau orang ni cepat matang tang ni, mungkin orang lain lambat cikit tapi part lain dia dah matang dulu. See see see?

Akhir kata..

'Aku masih kurang matang. Aku mahu lebih matang. Moga dipermudahkan usaha' 

Ini cumalah satu pandangan aku sahaja. Pandangan yang aku pegang. Apa yang aku wish to achieve dari penulisan ini adalah untuk mengajak kita semua melihat setiap manusia itu dari sisi yang berbeza, yang positif. Menghargai proses belajar manusia. Sama-sama membimbing dalam membantu yang lain membuat 'U-TURN'. Supaya kita tidak lupa akan diri kita yang masih banyak kekurangan. Supaya beringat satu jari yang menunding 3 lagi jari terarah kepada kita. Sometimes we push people to change, forgetting that we are also in need of change. 

Selamat muhasabah. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...