Best Blogger Tips

Monday, 11 January 2016

Disebalik itu..., #buatmucikgu

Apabila anak kita datang cakap...

'Mommy! Mommy! I had fun in English class today!'

Kita mungkin respon ' Glad you enjoyed it honey' and thought nothing of it later..

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang bersengkang mata memikirkan idea dan menyediakan bahan kelas bagi memastikan anak-anak muridnya seronok belajar..

Apabila anak kita tunjuk...

'Abah tengok ni! Adik dapat A!'

Kita mungkin cakap ' Bijak anak Abah! Bagus, bagus! ' and thought nothing of it later..

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang bertungkus lumus mempelbagaikan strategi pengajaran supaya anak-anak muridnya faham..

Apabila kita berjumpa dengan cikgu bertanyakan perihal kelakuan anak kita, dan cikgu kata anak kita 'well-behaved, nice young boy'

Kita mungkin fikir ' Boleh tahan malaikat anak aku ye, walhal kat rumah perangai macam hantu' and then thought nothing of it later..

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang terbeban akal fikirannya memikirkan kaedah displin yang paling sesuai supaya anak-anak muridnya berkelakuan baik..

Apabila anak kita balik dengan senyuman, tunjuk kat kita 'Ibu, tengok! Cikgu bagi hadiah untuk lukisan paling cantik!'

Kita mungkin senyum dan cakap 'Haaa camtu lah buat kerja bagus bagus lagi' and thought nothing of it later..

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang pokai mengeluarkan belanja untuk anak muridnya untuk memastikan anak muridnya berasa dihargai untuk usahanya..

Apabila anak kita cakap 'Abi, kakak ada kelas tambahan'

Kita mungkin respon ' Okay, nanti Abi hantar. Belajar rajin rajin ya' and thought of nothing it later..

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang mengorbankan masanya bersama keluarga supaya anak-anak murid mendapat persediaan yang cukup untuk menghadapi peperiksaan..

Apabila anak kita menang pertandingan, tayang trofi kemenangannya pada kita..

Kita mungkin high-five anak kita dan cakap 'Way to go lah Abang! I'm proud of you!'

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang pulang lewat ke rumah setiap hari untuk melatih anak-anak muridnya sehingga mencapai kemenangan..

Apabila anak kita duduk dalam bilik, tekun mengulangkaji..

Kita mungkin fikir 'Rajinnya anak Ummi'

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang mempelbagaikan teknik motivasi supaya anak-anak muridnya bersemangat untuk cemerlang..

Cikgu, you're a real life-changer! Thanks so much!




2 comments:

Muteq Chin said...

akak. bila dah jadi cikgu barau rasa kan? huhu. tq cikgu!

Muteq Chin said...

kipidap. lama saya tunggu akak hupdate T_T haha

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...