Haloooo.
Kalau korang perasan sekarang trend kita belajar dari binatang. Belajar dari
panda, belajar dari babi. Femes amos binatang sekarang I tell you, jeles I tau.
Gegegegegegege ayat minta penampor. Anyways, sekarang ni aku nak kongsikan dua
kisah berkenaan binatang. Satu pasai gajah, lagi satu pasai keldai. Kita boleh
belajar sesuatu daripada mereka ni tau!
Kisah
satu - Gajah yang berputus asa
Pada
suatu hari, seorang lelaki berjalan-jalan mengelilingi sarkas. Ye, dia datang
sebab nak tengok pertunjukan aksi gajah. So beliau ronda-ronda lah keliling
sarkas tu, mana tau, sebelum pertunjukkan boleh nampak gajah-gajah yang akan
beraksi. Nak dijadikan chegito, dia pongg jumpa gajah itu. Dan alangkah
terkejutnya beliau apabila melihat...
HANYA
TALI KECIL SAHAJA YANG DIIKAT PADA KAKI HADAPAN MEREKA!
Tiada
rantai, tiada sangkar ke hape. Cuma tali kecil itu. Kalau mereka (gajah-gajah
itu) nak, gerak sikit pon confirmmmm putus! Lari lah sebebas-bebasnya. Yang
hairan nya, gajah-gajah tu duduk diam saja. Pelik bin ajaib sungguh lelaki tu.
Curious habis dia. Tak puas hati dengan apa yang dilihatnya (entah-entah gajah
ni diberi dadah ke) dia pon bergerak berjumpa orang yang bertugas untuk menjaga
dan melatih gajah-gajah sarkas itu.
Lelaki
itu lalu mempersoalkan kenapa gajah-gajah itu bersikap seperti itu. Tidak
melawan walhal mereka boleh sahaja putuskan tali itu dengan senang. "Ohhh
itu, " kata jurulatih berkenaan, "ketika mereka kecik dahulu (muda)
kitaorang telah gunakan tali saiz yang sama untuk mengikat mereka dan,
pada usia itu, ia sudah cukup untuk memegang mereka. Apabila mereka dah besar,
mereka telah di-mindset kan bahawa mereka masih lagi belum mampu untuk
melepaskan diri dari ikatan tali itu. Mereka masih percaya bahawa tali kecil
itu boleh memegang mereka , jadi mereka tidak pernah cuba untuk membebaskan
diri. "
Lelaki
itu kagum . Haiwan ini pada bila-bila masa boleh membebaskan diri daripada
ikatan mereka tetapi kerana mereka percaya mereka tidak boleh, mereka telah
terperangkap di takuk lama selamanya.
Cerrr
kita reflect dengan kehidupan kita. Berapa ramai daripada kita yang melalui
kehidupan dengan kepercayaaan kita tidak mampu buat sesuatu, hanya kerana kita
pernah gagal sebelum ini dalam percubaan? Dek kerana kegagalan yang satu itu,
kita berhenti mencuba dan berputus asa!
Kegagalan
adalah normal; ia lumrah hidup, tidak dapat lari daripadanya. Ia harus
dijadikan sebagai suatu pembelajaran, bukan penyekat untuk terus berusaha. So
uols janganlah jadi seperti sang gajah ye! Keep it up and don't ever give
up!
Kisah
dua - Keldai yang tak berhenti berusaha
Pada
suatu hari (pada suatu hari lagi, langsung tak kreatif aku nim, huarghhh ahhh
lantak kikikiki maap) keldai kesayangan seorang lelaki telah jatuh ke dalam
lubang yang dalam.
Dalam
gilaa yowww, lelaki tu dah cuba sehabis baik dah nak tarik keldai dia, tapi
gagal! Masa berlalu dengan pantas, dan melihatkan dia dah ikhtiar sehabis baik,
dia pon membuat keputusan untuk tanam keldai kesayangan dia tu hidup-hidup.
'Yelah, baik dimamposkan je dari seksa dia lapar segala' pikir lelaki itu. Jadi
dengan berat hatinya, dia pergi amik tanah dan dia tuangkan tanahnya itu ke
atas keldai..
Keldai
merasai hempapan (ehh ada ke perkataan ni???) tanah ke atas badan dia, lalu dia
pon kirai (goncang) tanah tu dari badan dan dia pon naik sikit.
Tuan
dia tuangkan lagi tanah tu.. sekali lagi keldai tu kirai tanah dari badan
dia.
Tuan
keldai tuangkan tanah, keldai kirai lagi dan lagi dan lagi.
Semakin
banyak tanah dituang, semakin tinggi paras tanah tu, maka makin tinggilah
kedudukan keldai tu sebab keldai tuh sentiasa kirai tanah yang dihempapkan dan
naik ke atas tanah yang baru dicurahkan.
Setelah
sekian lama, keldai tu pon selamat ke darat! Wuhuuuu, happy ending!
Kalau
kita analogikan. Lubang tu adalah kehidupan kita. Tanah yang dicurah/dituang
adalah cabaran, masalah, ujian, cubaan dalam kehidupan. Kalau kita tepis
masalah-masalah yang dihadapi lalu kita 'move on' (sepertimana mana keldai naik
ke atas tanah yang baru dicurahkan) pasti kita akan bertemu kejayaan!
(sepertimana berjayanya sang keldai menemui darat!).
Kesimpulan
Apa
beza sang gajah dan keldai? Well diorang dua-dua pernah terperangkap (dalam
masalah; gajah dengan kakinya yang terikat, keldai terjatuh dalam lubang). Cuma
sorang usaha sorang tak usaha saja. Gajah dia gagal sekali melepaskan diri dia
tanak usaha dah. Keldai walaupon tuan dia gagal berkali-kali nak tolong dia,
dia usaha jugak.
Ayat
Al-Quran
Firman
Allah Taala bermaksud:
“….Dan
kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada
Kamilah kamu semua akan dikembalikan….” (Al-Anbiya:35)
&
“….Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri
mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
The
original version of the stories is in English. Credits here
Donkey
in a hole comic here