Kisah lucu – Sesat di kota London
*Kalau tak lucu soyii yahh, hiks*
Kisah ni aku sudah ulang entah ke berapa kali. Kawan-kawan
terdekat pasti tahu. Kenapa? Sebab cerita ni memang significant dengan diri
aku. Cerita ni pasti akan terpahat dalam kotak memori aku sampai bila-bila.
Long-term punya memory. Tapi belum lagi ku abadikan dalam bentuk penulisan. Aishhh,
tak leh jadi ni! Tak semena-mena aku kena amnesia (minta dijauhkan) tak ingat
dah kisah ni. Haha. Kepada kawan-kawan yang dah tahu kisah ni, penulis memohon
maaf menyajikan cerita basi. ;)
Well this happened in 2002.
Buat sesiapa yang tak tahu, pada tahun itu Abah aku telah ditawarkan
untuk bekerja di United Kingdom. Waktu
tu aku baru darjah 3 tak silap aku. Maka terbanglah kami sekeluarga ke negara empat
musim tu. Pergi negara omputih tapi English aku hancussss! Satu patah haram pon
aku tak reti! Well, tak kisah lah kan. Lama-lama aku belajar lah, ade time
lagi. But I never knew I needed it so soon…
Long story short, pada suatu hari (ecece macam fairytale
dah) aku, Mama and Adik nak pergi pejabat Abah. Maybe time tu kitaorang dah
beberapa bulan stay UK. Sampai kat stesen bus tu, Adik dan Mak aku gaduh
tentang nombor bus yang perlu dinaiki untuk pergi ke pejabat Abah. Aku tak tahu
menahu dan tak ambil port pon, aku ikut je. Mak aku kata nombor 53, adik aku
kata nombor 35 (ekceli nombor bus bertukar-tukar setiap kali penceritaan since
aku dah tak ingat, tapi pastinya nombor mana dulu mana yang kemudian yang Adik
and Mama aku gaduhkan tu, hehe). Nak dijadikan cerita, bas nombor 53 tiba..
“ Haa yang ni lah basnya” kata Mama. Lalu aku masuk bas.
“Bukanlah Mama, adik ingat, nombor 35” kata Adik. Lalu aku
keluar bas.
“Ish ye lah, yang ni, 53 nombor yang betulnya”. Lalu aku
masuk bas balik.
Benda ni berulang banyak-banyak kali. Masuk bas ikut pintu
keluar. Keluar bas pon ikut pintu keluar. Tapi Mama and Adik aku masih tercegat
di stesen arguing-kan nombor bas. Tak perasan barangkali aku yang dok buat
roundabout di hadapan mereka. Sekali…!
“Tap!”. Pintu bas tertutup. And waktu tu aku dalam bas! And
Mama and Adik aku masih di stesen! And driver bas tak perasan since aku masuk
ikut pintu keluar! And bas dah mula bergerak laju! Hohoho, kalut tak kalut aku
cakap kau!
Okfoine. Aku alone dalam bas penuh dengan orang omputih dan
sepatah haram bahasa orang omputih aku tak tahu. Great. Just great. Aku tak
tahu nak minta tolong cemane pon! Kau bayangkan! So aku cakaplah..
“Please...please…”
Dengan muka yang dah nak nangis. Haha aku tahu please selalu
digunakan untuk merayu, so aku pakailah. Perkataan ‘help’ pon taktahu, bengap
tak bengap aku kocik-kocik dulu. Haihh, IQ tahap menteri dah *oopss!*
Sorang penumpang omputih ni perasan kodd and dia paham aku
in trouble waktu tu, so dia pergi ke driver and cakap ‘stop the bus’. So aku
keluarlah, dengan juraian air mata cuba mencari ibu aku :’( Mama aku pasti dah
perasan aku takde so probably diorang dah tak takde kat stesen lalu sesatlah
aku di kota London. Dah lah aku tak kenal tempat tu. Orangnya tak cakap bahasa
aku lak tu. Aku muda lagi pulak tu. Kesian aku kecik-kecik dah stress gila
gaban. Pastu!!!! Part ni yang kunun lawaknya tu..
Aku dihampiri oleh an African lady. Waktu tu aku dah nangis
nangis merintih rintih sebut ‘Mama, mama, mama’.
African lady : “Heyy child where is your Mom? Did you lose
your Mom?”
Aku : *Aku niatnya nak cakap AKU TAK TAHU. Tapi aku hanya
tahu translation untuk Aku (I) dan Tak (No).. jadi bunyinya “I no.. I no..I no”
*nangis-nangis*
Tapi of course, didengarinya adalah ‘I know’ iaitu ‘Saya
tahu’. Maka konfiuslah African lady itu..Yelah kalau dah 'know' buat mende tercegat situ nangis-nangis kan? Jadi dia dok point semua perempuan
bertudung sebut ‘Is that your Mom?’ atau ‘Is she your Mom’ and aku pulak tak
putus-putus sebut ‘I no..I no.. I no..’ Dia pon naik tension agaknya lalu dia
cakap ‘If you know, then where is your Mom?’ Hahahahaha sengal en aku. Benda ni berlaku berulangkali untuk satu
jangka masa yang agak lama jugak, and then, ALLAH NAK TOLONG!
Aku nampak cleaner tempat aku stay. Dia Indonesian, jadi
keluarga aku rapat dengan dia. So aku pergilah ke arah dia. African lady tu
mula-mula tanak lepaskan aku, cakap dia akan bawa aku ke police tapi nasib baik
cleaner tu insist dia kenal aku and boleh bawa aku balik ke pangkuan keluarga.
Alhamdulillah.
Sejak dari hari itu aku praktis dalam shower sebut hari-hari
‘I don’t know, I don’t know’..
And kini aku dah bakal English teacher dah. Boleh lah aku
sajikan kisah ni untuk anak-anak murid aku kelak. Cikgu kamu yang punya parah
Bahasa Inggeris dia dulu kini dah jadi teacher kamu, jadi anak-anak murid
jangan putus asa!
Hehe
No comments:
Post a Comment