Best Blogger Tips

Friday, 20 March 2015

Da'ie syok sendiri

DISCLAIMER

*This article was written last year? Methinks..Anyways share sebab rasa macam lucu.. Ada juga article yang similar HERE .

*      *      *

Bila kita jatuh cinta, kegilaan bermula. Habis semua mengenai si dia kita stalk. Dia suka makan apa, dia suka warna apa, kawan-kawan dia sapa, everything! Sebab apa nak tahu? Yelah, mestilah nak tahu, kata ponggg suka. Lagipon, kalau dah tahu, senang sikit nak approach dia .Kan?

Contoh, tahu si dia peminat kelab bola Arsenal.
Sibuk nak beli t-shirt Arsenal. Padahal tengok bola, huuhh langsung tak pernah. Ade dia, pakai lah baju tu, haa baru nampak macam ada something in common. hakhakhak !! 

Lagi satu, kita dapat tahu, favourite flowers, dia pink roses.
So, kita bagi dia sejambak! Supaya dia sukaaa.

Nampak tak? Dalam nak approach somebody, kita mengkaji sehabis mungkin.. Matlamat kita, kita nak dia suka sama kita balik. Tanak bertepuk sebelah tangan! Tanak syok sendiri! 

Begitu juga para da'ie. Kita kata, kita care for the ummah. Kita kata, kita love our family, our friends, the society. Sebab tu sanggup susah payah untuk turun berdakwah, nak menyampaikan kebenaran, nak melaksanakan amar makruf, nahi mungkar.  

Tapi perasan tak, kita ni banyak jadi da'ie syok sendiri je?

Ye, serious ss.

Dalam sibuk hendak menyampaikan, adakah kita mengkaji orang-orang yang kununnya kita nak kasi dakwah ni?
Mereka ni bagaimana?
Suka apa?
Adakah selama ini, cara penyampaian dakwah kita disukai, disenangi?  

Kalau ada orang komplen mengenai cara (dakwah) kita, cakap kita bosan, rigid, otak sempit..jawapan gila cliche..

'Allah nak uji aku ni. Nak tahu sama ada aku kuat ke tidak dalam berdakwah. Pedulikan orang. Aku tak hidup untuk please humans, but to please Allah'.

Yessss, aku paham wehh. Kita hidup dunia ni, nak kejar redha Allah, bukan redha manusia. TAPI, INGAT!
Hablumminallah dan hablumminannas, harus seimbang yowww. Kita dakwah punya takde strategi sampai orang pandang buruk pada dakwah tu. Sampai orang tak suka. Tak suka pada dakwah, tak suka pada pendakwah. Haa, adakah Allah akan suka?  

Lagi-lagi kita sebagai da'ie, harus dekat di hati masyarakat. Jadi, nak berdakwah perlu strategi. Kita perlu kaji, apa orang yang kita nak dakwah ni, suka. Orang yang sedang dilamun cinta akan bagi all out supaya cinta dibalas. You people, da'ie da'ie sekalian, harus begitu juga. Pikat hati masyarakat. Da'ie syok sendiri, Jangan sekali! Jadilah da'ie yang fleksibel, kreatif dan disenangi..

Hehehe.. ayat iklan sangat..

#SalamMuhasabah



No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...