Best Blogger Tips

Tuesday 7 September 2021

Da'ie lalat, lebah dan rama-rama

Muqadimmah: Ibrah


            Ibrah. Apa itu ibrah? Aku membelek buku 'Tak Kenal Maka Tak Cinta' oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Di situ ibrah dijelaskan sebagai 'teladan yang mengaitkan sesuatu dengan sesuatu'. Ustaz Hasrizal menyambung, '...Setiap kisah, dicari kisah sendiri di dalamnya. Inilah proses menghasilkan Ulul Albab, golongan yang mendapat kefahaman isi, bukan sekadar kulit'. Di situ juga diselitkan ilustrasi budak kecil bercakap dengan bapanya mengenai kapal terbang; dia berkata pada bapanya, 'Manusia mendapat inspirasi daripada ciptaan Allah kan Ayah?'. Apa yang aku tafsirkan, budak itu mengaitkan kapal terbang dengan ciptaan Allah, iaitu burung. Dengan melihat burung maka manusia mendapat ilham untuk menghasilkan sesuatu yang mempunyai sayap, supaya ia berkeupayaan untuk terbang, sama seperti sang burung!  Aku mengangguk perlahan. Tenggelam dalam fikiran sendiri. Teringat aku pada kisah Rasulullah SAW yang menerangkan pada puteri kesayangannya, Saidatina Fatimah, bagaimana berkait rapatnya pokok semalu dengan perempuan. Bagaimana kita harus ada perasaan malu (pada tempatnya) sebagaimana kuncupnya pokok semalu apabila disentuh, bagaimana kita harus mempertahankan maruah diri, sebagaimana duri tajam pokok semalu, bagaimana kita harus mempunya keterikatan yang kuat dengan Allah, sebagaimana tunjang kuat pokok semalu, dan bagaimana kita harus pulang ke rumah apabila waktu semakin senja, sebagaimana kuncupnya pokok semalu dengan sendiri apabila senja menjelang. Kagum aku, dengan hanya memerhati alam, pelbagai teladan yang kita boleh ambil! 



Pemerhatian seorang aku : Al-kisah pendebungaan, debunga dan agen pendebungaan

            Serious je bunyinya kan muqadimmah aku? Haha. Aku bajet-bajet sopan je dalam muqadimmah aku tuh. Mohon jangan tertipu, lol.  Sekarang aku juga mahu menge-test; pemerhatian aku yang boleh kita jadikan teladan. So! Korang tahu apa itu pendebungaan? Atau bahasa jawanya, 'pollination'. Ia adalah suatu proses pemindahan butir debunga daripada anter ke stigma. Perghhh, boleh belajor sains baca belog si peah ni, gempak tak gempak?. Baiklah. Sekarang, untuk berlakunya pendebungaan, perlu ada agen pendebungaan. Mereka ini lah yang membawa debunga-debunga. Apabila pendebungaan berlaku dengan jayanya, maka terbentuklah taman mewangi lagi warna warni. 

Indah! 
Harum! 
Nak shoot scene ala-ala Bollywood Kuch Kuch Hota Hai confirm uummphhhh! Feel habisss wohh!

Haha. Okay, back on track. Now, dalam konteks kehidupan manusia, kita pon ada proses pendebungaan. Kita pon ada agen pendebungaan. Agen pendebungaan kita also known as da'ie. Ye da'ie. Dan debunganya adalah dakwah. Dan proses pendebungaannya adalah proses dakwah itu sendiri, dari da'ie ke mad'u. Dan apabila proses pendebungaan debunga dakwah (haaa terbelit lidah kau mak jemaahh) berlaku dengan sukses, maka terbentuk juga taman, iaitu 'taman' khaira ummah! Yang..

Amar makruf!
Nahi mungkar! 
Nak shoot scene drama-drama islamik, drama tarbiyyah, confirm uummphhhh! Feel habisss wohh! 

Haha (gelak syok sendiri)

Agen pendebungaan = Da'ie
Debunga = Dakwah

Pembentukan umat terbaik ni bukan kerja senang. Bukan kerja sehari semalam. Bukan kerja seorang individu. Bukan kerja satu cara. Ia ambil masa. Ia ambil team effort. Ia memerlukan pelbagai jenis modus operandi. Dudes and babes, striving for the best ummah is no piece of cake! No easy peasy lemon squeezy kinda work. Kita nak taman yang cantik, perlu ade agen pendebungaan yang gigih lagi berdedikasi. Kita nak khaira ummah, kita perlu ada agen pendakwah yang gigih dan berdedikasi juga! 

In pollination, ada beberapa jenis agen pendebungaan. Ada tiga yang agak utama (di bawah kategori insect at least), iaitu lalat, lebah dan rama-rama. Mereka ini semua boleh diibaratkan agen pendakwah, misi sama (membawa debunga-debunga) tapi sifat mereka lain-lain. Sama juga dengan da'ie, misi visi sama sahaja, menyampaikan risalah Islam, memanusiakan manusia, etc etc tapi sifat antara da'ie dengan da'ie yang lain itu semua berbeza. Apabila berbeza, maka keberkesanan sesuatu penyampaian itu juga lain. Ada yang effective, ada yang tidak. Ada da'ie nasihat terus berubah 360, ada da'ie nasihat makin parah perangainya. Haaa. Dah gitu  moh kita kaji! Kita akan lihat pada sifat lazim tiga binatang ini, dan mengaitkannya dengan sifat lazim yang ada pada pendakwah-pendakwah, da'ie-da'ie zaman sekarang. 

Atas sebab aku tidak mahu syok sendiri memberi perspektif aku, maka aku bertanya sahabat handai aku mengenai 'sifat-sifat' tiga binatang ini. Soalan yang aku ajukan 'Apa yang ko fikir apabila aku sebut lalat/lebah/rama-rama?'

Da'ie lalat


'Emm, mereka suka tempat kotor! Makan pon yang kotor-kotor'
'Penyebar penyakit'
'Bising!' 
'Selalu ada kat tempat busuk!'
'Ludah dulu kat makanan sebelum digest, ewww'
'Hehe. Buruk kodd'
'Dianggap pest dan harus dihapuskan!'

Hahaha hamekk kau takde yang positip pulak pasal lalat ni. Semua orang nak mengumpat dia je. Sabar ye lalat. Disebabkan kau lah aku ada modal nak menulis blog picisan aku ni so aku sayang kau okay? 

Ada beberapa ciri lalat yang aku ingin bawa ke muka pengadilan (kau dah kenapa)
1. Suka tempat kotor & meludah makanan
2. Menyebarkan penyakit
3. Bising 

Secara ringkasnya, 

Suka tempat kotor & meludah makanan itu ibarat mencari salah. Maksudnya sengaja pergi ke facebook budak-budak 'hilang arah' 'rosak' 'sosial', lalu meludah kata-kata nista, kata-kata cacian kata-kata hinaan, yang kesemuanya dikatakan atas dasar agama. Katanya dia lah yang paling cakna pasal agama
Buruk, 'pest' dan harus dihapuskan!
Da'ie sebeginilah yang memburukkan imej Islam, imej pendakwah, imej pembawa risalah agama! Wait. Layakkah gelaran 'da'ie' itu ? Mungkin cuma da'ie wannabe. Berhentilah menjadi 'pest' yang boleh membantutkan usaha mereka yang lain. Hendak menegur masyarakat, tapi masyarakat sudah fobia! Namun, aku tidak rasa da'ie ini patut dihapuskan. Yang perlu hapus adalah sifat mazmumahnya. Kalau anda ada ciri-ciri ini, perbetulkan diri. Kalau kawan-kawan anda ada ciri-ciri ini, bimbing dia untuk perbetulkan diri. Insya Allah, mana tahu dulu keyboard warrior kini da'ie ummatik. Mudah-mudahan. Aamiin. 

Da'ie lebah


'Dorang hasilkan madu yang sedap!'
'Rajin!'
'Aplikasikan kerjasama'

Haaa bunyi positip aja sang lebah ni. Tapi....!

'Takut ah dengan lebah. Menyengat doh. Leh bawak mati'
'Yang pastinya aku tanak dekat!'
'Kena pakai sut nak dekat dengan depa'

Da'ie lebah ni, lainnya dari da'ie lebah, dia ada ilmu. 

'Tarbiah tu biar kasi lagi sentap, lagi kasar sheikh. Kalau buat lembut nanti orang buat pijak kepala je!'
'Zaman sekarang dah kena guna cara kasaq. Zaman degil. Perangai syaitonirrojim belako!'

"Mereka yang menegur tetapi secara kasar lagi menyakitkan, samalah ertinya memberi makanan yang lazat-lazat kepada fakir miskin, tetapi diberi dengan cara melemparkan-lemparkan makanan" (Ustazah Fatimah Syarha).
Da'ie rama-rama

'Cantik!'
'Kalau ada kat taman, berseri sangat.'
'Simbol keharmonian' mimi cute *tetibe
'The end of something is the beginning of another- Abah'
'Challenges make you stronger - Aku'




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...