Best Blogger Tips

Tuesday, 7 September 2021

Moment-moment touching #2ndPracticum

Fuuuuhhhhhh fuhhhhh kasi tiup sikit habuk habuk dalam blog picisan gua ni. Perghhh habuk dia kalah jerebu woh. Hahaha. Maaf la lawak hambar, jari jari berasa kaku k KAKU menulis yang bukan 'academic essays'. Maigawwwdddd praktikum da sekian lama habis, aku baru nak hupdate. The reason aku tangguh sebab aku tak tahu nak update apa sebenarnya. I'm like, errrrr nak tulis apa doe??? My experience this time is almost the total opposite of my previous one.Why? 

1) Aku jadi guru praktikum ghajinnnn bak hang! Sehari pon tak lepas buat lesson plan, and kali ni buat lesson plan sungguh2. So sangat2 lack masa untuk tidur. Sebab nak fikir plan tu pon makan jaaammm, belum lagi menaipnya. fyi, TESL IPIK buat lesson plan at least 5-6 pages, excluding appendixes. Campur adalah jadi 10 pages. Kalau standard2 rajin cam aku ni (mohon muntah hitam) mahu jugaklah 12 pages-16 pages. Itu setiap hari. Penat toksahh kataaaaa. Praktikum sebelum ni aku lek jeee kruh kruhh tidur, ngajar pon main hentam. Kejinya perangai peah oiii, tsk tsk jangan contohi k. 

2) Murid aku sebelum ni low-proficiency. Mereka pesen nak minta keluar tandas pon cakap 'Miss, I want to push out water'. kah kah kah . Lucu doeee. Tapi kali ni aku dapat budak advanced. Lebih separuh guna English as their first language. Takde satu pon lesson aku kena penat2 translate, aku minta sape yang tahu translationnya terangkan pada kawan mereka. Setel. Text takyah penat2 nak adapt kasi senang ke hape, boleh amik dr internet tanpa edit sangat, kasi anak murid, mereka leh paham. Kagum doeee. Aku pi sekolah tu 99.9% speak English sebab memang English environment gila. So sebab mereka advanced, maka aku memang terpaksa pikir lesson plan vavavooom sikit sebab nak kena impress golongan 'elit' gini. Seronok pon buat, alhamdulillah rata-rata learning objectives tercapai and aktiviti leh buat macam2 nga depa ni. 

3) Aku kena dera doeeee kat sekolah tu! Aku malas nak abdikan episod hitam dalam hidup aku ni dalam blog kesayangan, so lets just say I felt that I was treated very unfairly by some of the teachers there. 

Sebelum gi sekolah tu, aku datang prepared. Aku buat research pasal classroom management, otak aku dok ligat pikir teaching aid yang macam-macam, aku cuba teknik tu teknik ni. So Alhamdulillah sangat-sangat usaha kali ni menampakkan hasilnya. Maksud aku, murid aku behave (memang takde major behavioral problems), and get this, NOT ONCE DID I FEEL NECESSARY TO RAISE MY VOICE IN ANGER TO THEM! Woots woots! Sekali pon aku tak marah anak-anak murid aku, tinggi suara ke apa. Nak mendera apatah lagi. Huu happy sangat sebab memang azam aku kali ni untuk kurangkan garang tu. Anyways, aku memang rapat dengan anak-anak murid semua so lets just say adalah banyak ketika aku terharu bak hang nga mereka. 

1) Murid paling nakal paling loving 
Aku ada sorang anak murid ni. Nama dia Chew. Sangat padan nga nama, perangai dia kekadang buat aku rasa nak gigit gigittttt je beliau tau! Dia lah yang paling bising sekali, paling payah nak ikut arahan, paling segalanyaaaa. Tapi korang nak tahu? 


  • Nakal-nakal dia, tak pernah sekali pon tak turn in homework. Sentiasa buat homework and sangat semangat cerita kat aku pasal homework dia :') 
  • Nakal-nakal dia, hari terakhir aku kat sekolah tu, dia mainkan recorder untuk aku sambil kawan-kawan yang lain persembahkan poem khas untuk aku. Bapakkk ahh, nangis doeeee!
  • Nakal-nakal dia, bila aku terpaksa cancel outing class last minute and call balik makbapak semua untuk amik anak-anak pukul 12 instead of pukul 3, dia tak kasi aku call mak dia untuk dia balik awal. Dia insist jugak nak spend masa dengan aku sampai pukul 3. 
  • Nakal-nakal dia, he said I am his favourite practicum teacher :')
  • Nakal-nakal dia, dia buat youtube video bersama aku, (he's a youtuber, can you imagine!) and told me it's so precious (the video). 
  • Nakal-nakal dia, he taught me one of the most valuable lessons a teacher can ever learn, the value of patience :') <3 

It's amazing if just give your students a chance to be better. Trust me, try to push away anger and impatience as far away as possible. Use anger as your very last resort. Treat them with kindness and understanding, and they will show you love beyond your expectations! <3 


2) Murid Malay semangat belajar
Nak buat anak murid Melayu belajar bahasa Inggeris dengan sungguh-sungguh payah doeee, apatah lagi mereka perlu bertanding dengan budak2 chinese and indians yang gila fluent bahasa mereka. So what they need is the knowledge that they CAN BE JUST AS GOOD AS THEIR NON-MALAY FRIENDS! And how to do that teacher teacher sekalian? Encouragement, constant support, and a competitive environment! Mula-mula aku masuk kelas tu, murid malay yang paling layu sekali, yang memang payah gilaaa nak angkat tangan, yang duduk belakang kekadang buat kerja lain, langsung tak absorb dengan lesson. So try to find reasons to praise them. Handwriting cantik puji, bagi jawapan tak betul pon cakap good try, buat reward system supaya mereka ada rasa menyumbang dalam group. Macam-macam kekdah sebenarnya. Bila tengok anak-anak murid melayu pon semangat angkat tangan sampai jerit2 haaa nak aku dengar jawapan mereka (mygawd sumpah kelas aku sangat competitive) pastu joget2 dapat jawapan betul, alahai berbunganya hati miss. kekekeke. A parent of this malay girl actually came to see me,( dia nak masukkan anak dia dalam choral speaking yang di-handle aku) cakap her daughter didn't stop talking about me, and that she enjoyed her English lessons. Alhamdulillah. 

3) Change in behaviour, woots!
Ok so I did mention that my students were well-behaved right? Ekceli, class aku tu ada bad reputation for being one of the most noisiest class in school, hence one the most disruptive as well. Ni cikgu dia habaq kat aku. The first day aku masuk, budak2 bertolak (bergaduh) sampai sorang ni cedera kena pi hospital, internal bleeding, RM8000 surgery katanya. After some time, class aku sangat mudah handle. Yes, the occasional noise and the constant reminder to ask them to lower their voice,but other than that, alhamdullillah. Nak suruh senyap pon senang je. Chew later told me that the class changed a lot after I came. No more swearing (they use to swear a lot, I hope this continue to discontinue even after I left! Huuu) and less fighting too! Haiyaa Chew tuu first time aku masuk dia pi strangle sorang budak perempuan ni kod. Tapi sekali tu jaaa. Anak2 murid aku pas tu semua pakat perangai A+++, tu pasai miss sayang banget! Heeee. Budak buat salah, tak payah scold panjang2 sebenarnya. Try dulu reason nga mereka, why was their actions wrong? Pastikan mereka admit sendiri mereka salah, and mereka sedar WHY is it wrong. And make them themselves agree to not repeat their misbehaviour. Giving them responsibility over their own actions helps a lot people! 
 

Kemanisan Ukhuwah PMG 14

Dua tahun yang lepas..

PMG 12

Aku merupakan salah seorang ahli biro Prep n Tech. Jujur aku cakap, stress sangat sangat waktu tu. Dah lah ada assignment yang kena hantar hari Isnin tu, aku blurrr pulak tu. Tapi salah aku lah, bukan nak tunding jari kat sape-sape pon. Pada post-mortem terakhir untuk PMG 12, abang K tanya semua penggerak PMG 12 "Sape lepas ni nak join PMG lagi?" Aku dengan yakin, tekad yang kuat amat sangat (haaa emphasis di situ), tak angkat tangan (wakwakwakwak gaya macam perlu segala kekuatan diri tak angkat tangan) . Muka pon buat kelat je, yelahh tension kannn. Abang k pandang aku and said "Peah tanak join dah lepas ni?" And aku geleng. Ye, aku TANAK DAH JOIN PMG! PEPIAS pon aku nak goodbye papai sayonora au revoir segala. 



So start dari situ. Aku quit PEPIAS. 

One year passed.

PMG 13

2013 aku buat comeback. Heehe ayat bajet retiss. PMG 2013 pon aku datang. Jadi pemerhati uollss. Niat dah pasang awal-awal, aku harap aku dapat join PMG 14 nanti

Haaa todia. Setahun and mindset took a 360 degrees turn. 

So...PMG 14, amacam? Niat yang terdahulu tertunaikah?

ALHAMDULILLAH

PMG 14

Facilitator

Nervous meme nervous, tapi excited!!
Takut lah. Sedar diri lah jugak paras ilmu tahap mana kan. 

**update 2021. Kau sambung dalam hidup jemaah lagi beberapa tahun. Life was good. 

Faith and Understanding in the Unseen

Hohohoho haiii readers! Assalamualaikum!  Kemain kan tajuk post, 'Unseen' bhaii, aku nak citer pasal beriman pada benda ghaib ke?

Tak, tak...

Aku nak luah perasaan frust aku berkenaan.. cer guess?

Haaaa banyak sebenarnya..(girl's issue, semua benda nak frust). Nways yang pertama pasal...

Pasal cikgu!

Sebenarnya banyak perkara mengenai cikgu ni buat aku tacing tau..

Sebab ada orang yang tak faham, untuk mengajar kau bukan takat kena ada ilmu dalam subjek yang kau nak ajar, tapi juga ilmu bagaimana hendak mengajar subjek tersebut. Methodology is NOT easy. Rata-rata semua orang boleh faham matematik darjah 6, tapi tak semua orang boleh 'memahamkan' budak darjah 6..Haaa orang yang tak faham ni buat aku tacing.. Kalau beginilah konsep pemahamannya, maka majoriti dari kita boleh jadi cikgu sekolah rendah, semua da habis sekolah rendah kan? easy peasy lemon squeezy!

Sebab pemahaman yang begini jugak, buat aku tacing pasal perkara lain. Pasal cikgu2 yang haven't undergone training. Bila aku tengok orang yang bukan bidang perguruan and not even bidang pendidikan jadi cikgu, jujur aku tacing. (Ngade2 kan?!) . Sebab for me you are indirectly telling me that it's not hard to be a teacher, tak undergo training pon takdehal. Bosan takde benda nak buat kat rumah? Jadi la cikgu! Need quick and easy money, daripada menganggur tu? Jadi la cikgu! Being a teacher have always been an easy way out for people who doesn't know what else to do. Maka tak pelik bila ada saying cakap 'If you can, do. If you can't, teach'. Perghh frust la awak!!!

You don't send untrained doctors to the surgery room
You don't send untrained lawyers to the courtroom
SO WHY DO YOU SEND UNTRAINED TEACHERS TO SCHOOL??

And this leads to another frustration! Beban cikgu! (Ini isu lama doe, tak setel2 lagi, haigooo!) Aku tak offended dengan workload. Yang aku rasa offended, nak ngade2 tacing, adalah the amount of workload unrelated to teaching, up to a point distracting teachers from their real job, which is teaching! Again, you are indirectly saying that distracted teachers are no big deal!

Kalau la doktor diberi beban kerja (yang unrelated to doctoring) sampai tahap tak mampu nak merawat orang, pasti orang marah..
Kalau la lawyer diberi beban kerja (yang unrelated to law) sampai tahap tak leh nak pertahankan orang, pasti orang marah..

Why? Because they (doctors, lawyers, alike) have consequences which we can SEE.

You mess up as a doctor, might cost someone's LIFE.
You mess up as a lawyer, might cost an innocent man UNDESERVED PUNISHMENT.
You mess up as a teacher, you are ruining a generation.

Oh but wait, no ones take 'ruining a generation' seriously. Because you cannot SEE how can you ruin a generation.

If a child is 'ruined' by a teacher due to her or his incompetency, it doesn't show up in bruises..
A child won't die from lack of learning in school..
Teachers won't be sent to prison if their teaching is not effective..

So simply no one gives a damn. Because we can't SEE. Hence the reason behind my post title. To have faith and understanding in the unseen.


*** 2021 update. Seriously tajuk ni cringe. kakaka 


Dua tahun yang lalu, pada post-mortem PMG 12 di mana aku komiti, Abang K bertanya kepada penggerak-penggerak PMG 12 " Lepasni sape yang nain PMG lagi? "

Aku tak angkat tangan
Plus aku buat muka kelat
Ye, sumpah waktu tu aku tension
Penat, risau
Rasa tak dihargai
Malu
Seribu satu macam rasa. Tapi waktu tu hati telah pon dalam diam buat decision

"Pasni. Aku nak quit PEPIAS"

Abang K pandang ke arah aku and said "Peah tanak join dah pasni?"

Aku geleng
Ye
Sekelumit rasa untuk join PMG lepas ni sikit pon takde
Cukuplah apa yang aku rasa waktu tu
Aku tak suka lah stress stress ni
Beban

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...