Best Blogger Tips

Monday, 20 November 2017

Small victories

Harini Majlis Anugerah Cemerlang sekolah aku. Dan majlis ni buat aku teringat kat pelajar pelajar aku yang tidak hadir kerana mereka tidak "layak" menerima apa jua anugerah.
And that somehow made me sad.
Sebagai guru, aku bukan lah pesen cikgu yang nak "trophy for all". Healthy competition is needed. Sometimes you win, sometimes you lose. But in reality, education is not a fair competition. Kalau ada sesiapa yang tengok video berkenaan "how privilege works" fahamlah maksud aku ni. These students did not start at the same starting line. And yet we reward them as if they do. The culture that we are upholding now is basically rewarding students with better privileges and giving them even MORE privilege.
Aku tak nafikan ada pelajar yang had little privilege and yet succeeded nevertheless. But such students are scarce. You need that extra perseverence, that extra effort, that extra motivation. Something that students with better privilege need not worry about because their situation has already made it much easier for them.
Aku ambil alih kesemua pelajar yang aku ada sekarang sejurus habis PPT. Aku ada anak murid yang PPT Bahasa Inggeris dia 0. Zero gais, zero. Dia tulis nama je. Dia tak usaha nak jawab pon. Selain isu akademik, dia juga ada severe behavioral issues. Aku hampir give up. Setiap kali aku masuk kelas dia akan menangis. Lari keluar kelas. Guling guling kat lantai. Hentak hentak barang. Baju sekolah dia kelabu. Kelabu betul, tak pernah putih (kesan berguling). Beg koyak robak. Aku ni da lah pesen cikgu yang suka main game segala apa tau. Tapi dalam kelas dia aku takleh buat. Contohnya, nak main dadu. Kena lah bergilir-bergilir kan? Dia tak boleh. Orang lain pegang dadu jee dia akan menangis. Dia nak dia sorang je pegang. Aku reward dia boleh. Suka. Aku reward orang lain tak boleh. Dia akan menangis juga. I tried every method in the book (except hitting coz I don't hit) and it showed results, though painstakingly slow.
Anyways, fast forward several months later, after endless pujukan, PAT arrived and guess what?
He got 66% for BI. From F to B. He's now one of my most well behaved. Tak buat bising dah, habis kerja buat kerja sendiri senyap senyap. And he has finally learn to share ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ I was so proud of him playing chess and snakes and ladders with friends without breaking into tears (I took so many photos lol). He's also the kid that hugged me and said "sayang teacher!"
And this kiddo, who has made me so so so proud, was not present at today's ceremony.
By my standards, he deserve to be on a grand stage and be recognized for his amazing improvement. But apparently its not good enough. I, alone cannot change this culture. Be the teacher that celebrates the small things. They matter.
Actually, they matter the most.


Monday, 11 January 2016

Disebalik itu..., #buatmucikgu

Apabila anak kita datang cakap...

'Mommy! Mommy! I had fun in English class today!'

Kita mungkin respon ' Glad you enjoyed it honey' and thought nothing of it later..

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang bersengkang mata memikirkan idea dan menyediakan bahan kelas bagi memastikan anak-anak muridnya seronok belajar..

Apabila anak kita tunjuk...

'Abah tengok ni! Adik dapat A!'

Kita mungkin cakap ' Bijak anak Abah! Bagus, bagus! ' and thought nothing of it later..

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang bertungkus lumus mempelbagaikan strategi pengajaran supaya anak-anak muridnya faham..

Apabila kita berjumpa dengan cikgu bertanyakan perihal kelakuan anak kita, dan cikgu kata anak kita 'well-behaved, nice young boy'

Kita mungkin fikir ' Boleh tahan malaikat anak aku ye, walhal kat rumah perangai macam hantu' and then thought nothing of it later..

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang terbeban akal fikirannya memikirkan kaedah displin yang paling sesuai supaya anak-anak muridnya berkelakuan baik..

Apabila anak kita balik dengan senyuman, tunjuk kat kita 'Ibu, tengok! Cikgu bagi hadiah untuk lukisan paling cantik!'

Kita mungkin senyum dan cakap 'Haaa camtu lah buat kerja bagus bagus lagi' and thought nothing of it later..

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang pokai mengeluarkan belanja untuk anak muridnya untuk memastikan anak muridnya berasa dihargai untuk usahanya..

Apabila anak kita cakap 'Abi, kakak ada kelas tambahan'

Kita mungkin respon ' Okay, nanti Abi hantar. Belajar rajin rajin ya' and thought of nothing it later..

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang mengorbankan masanya bersama keluarga supaya anak-anak murid mendapat persediaan yang cukup untuk menghadapi peperiksaan..

Apabila anak kita menang pertandingan, tayang trofi kemenangannya pada kita..

Kita mungkin high-five anak kita dan cakap 'Way to go lah Abang! I'm proud of you!'

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang pulang lewat ke rumah setiap hari untuk melatih anak-anak muridnya sehingga mencapai kemenangan..

Apabila anak kita duduk dalam bilik, tekun mengulangkaji..

Kita mungkin fikir 'Rajinnya anak Ummi'

Kita tidak sedar, disebalik itu, ada cikgu yang mempelbagaikan teknik motivasi supaya anak-anak muridnya bersemangat untuk cemerlang..

Cikgu, you're a real life-changer! Thanks so much!




Saturday, 9 May 2015

No, not what I've taught them, but what THEY've taught me.. :) #1stpracticum


Pada 8 mei yang lalu, maka tamatlah perkhidmatanku sebagai guru praktikum di SK Desa Tasik. Whewww what an experience! Honestly speaking, I was a lazy and lamey teacher, but the pupils were lovely. Rasa menyesal tak give my best, tak give my all. Because the pupils were my first babies.. My anak-anak sulong. My lab rats. My experiments. They were the first to see my shortcomings as a teacher, my efforts, my passion, my struggle, my love..

And the 1 month that I get to be with them, I've learnt so much. Betullah orang kata, you can learn so much from children.. So kat sini aku nak list benda-benda yang aku dah belajar dari anak-anak muridku sayang!

1) To show your appreciation and love without shame, like its a badge of honour.

Children are honest. They say 'I love you' repeatedly, without any fear of not getting an ' I love you too' back. They don't mind if they've said it too much, or it if sounds all mushy. Even the boys, even the naughty ones. Even the ones that I always get mad at, ones I always ask to stand up on chairs for being noisy, ones that I don't give much attention to compared to the others. Kita da besar ni, nak cakap 'I love you' and 'Thank you' tu punya payah, sebab takut bunyi 'clingy' atau 'overly-attached' atau lemah lembut gemalai sangat. Dah tua kena ajet-ajet taff takde emosi gituuhh.. Tetapi tidak mereka. Walaupon aku takde jasa apa sangat pon (and I'm not being humble here), walaupon aku bersama mereka sebulan cuma, but the outpouring of love and appreciation from them are overwhelming. Nangis wohh aku akhirnya. 

Sorang budak ni, Qutnizan namanya.. Memang sangat nakal. Aku salu suruh dia berdiri atas kerusi. Kalau minta buat kerja malas-malasan. Tapi hari terakhir aku, dia bagi aku home-made card yang dia lukis dan tulis sendiri..Depan kad, tulis besar -besar 'We <3 Miss Soffea'.. Ayat dia dalam kad tu 'Masa miss mula-mula masuk dulu, takde sapa nak layan miss. Tapi lama-kelamaan, semua orang sayang miss.'. Berdepan dengan aku, minta aku jangan pergi. Minta aku ajar lagi. Minta maaf atas kesilapan sebelum ini. Waduh sebak! Tak sangka dihukum berkali-kali masih reti memberi apresiasi.

Aku paling terharu mereka ambil marker pen aku yang kaler kaler tu nak tulis nota nota cinta di whiteboard. Sebab asyik tak cukup ruang, ramai yang padam kawan punya sampai jadi gaduh.. Ada siap tulis warning kat board jangan padam dia punya! Haha lucu-lucu. My second last day mereka buat cheers 'We love Miss Soffea'.. Wuuu :'( :'( :'( Aku jadi awkward tak reti nak respon macamane hanya mampu cakap 'awwww'. Thankyou children! I love you all too!


2) To be forgiving. To let things go. 

Babes and dudes, aku ni jadi teacher leh tahan garangnya. Mengamok tak cukup jari haa bilangannya. Aku dok kutuk sistem punishment tapi aku ni suka gak punish budak. Sadist gitu. Pembaris 1 meter tu aku hentak hentak nya haaa kat atas meja sampai terdiam semua. Habis pasif bebudak hyper aku. Kah3. Jahat k. Tapi bebudak ni, the next day buat macam it never happened. Kekadang amarah aku ni tak padan dengan salah. Tapi the next day, bukan nak dendam, bukan nak merajuk, siap datang meja 'Miss let me carry that for you!' (walaupon hanya lah pencil box), and said sorry for yesterday. Kita dah tua bangka ni, salah kecik pon tanak maapkan sampai mati. I wish I have a heart as big as theirs to forgive and let go. I'm sorry children, for all my faults.. Grow up in age and maturity, but always keep your pure heart.. :) 

3) To be eager and excited about life. 

My children were always excited for learning. They got excited over getting the correct answers, were not easily put off when they've got the wrong answers. Nak sifu motivation, kau tengok budak-budak belajar. Everything is a wonder to them. Everything is exciting. Serious aku envy dengan positive energy mereka.. Bila seseorang da meningkat dewasa (ecece aku ajet-ajet matang sekarang), the stresses of life brings you down. You don't think about the fresh new start of tomorrow, but you dwell with the doomness of now, of today. You don't think you can escape, like ever, like there's not gonna be some light at the end of the tunnel. Kids on the other hand, though they have their bad days too, they would always think ' Well there is always tomorrow'... Kids, I'm inspired!

4) To always ask. 

Miss can I go to the toilet?
Miss, can you speak slower, I don't understand..
Miss can I speak in Melayu, I don't know..


Miss ajar lah kami lagi!
Miss jadikan saya anak angkat miss!
Miss datanglah jumpa kami!
Miss bawaklah kami jalan-jalan!
Miss, janganlah tinggalkan kami.... 

Da besar, kita malas da nak meminta. Nak bertanya. Independent katanya.. Sampaikan doa pada Tuhan pon sudah hilang kesungguhannya.. Teringat aku pada pesanan seseorang, nak minta sesuatu kepada Allah, mintalah sepertimana budak kecil.. Tidak kenal erti penat, erti putus asa, akan minta sampai dapat! Orang 'dewasa' ni pon sudah kurang bertanya. Sombong agaknya. Takut dianggapi bodoh. Sudah rasa dirinya pandai. Walhal budak-budak ini tidak pernah malu mengaku tidak tahu.. Thank you children, for making me feel needed.. Walhal adalah aku yang perlukan mereka .. :') 

5) You can't save everyone

Ok. This is one of the toughest lesson of all. Of course kau nak SEMUA orang jadi rajin belajar, dengar kata, faham pelajaran. But that's unrealistic, you know that, but you still want it. That already made me demotivated the first week in as a teacher. Unrealistic goals lead to REAL pain. Dalam dunia ni, kita nak semua benda nampak, nak semua benda immediate. Barangkali dek kecanggihan teknologi, dek kepantasan globalisasi, semua benda kita nak super fast and furious jugak. Nak budak faham segera. Siapkan kerja segera. Semua segera! segera! segera! Agaknya kita mengharap pemahaman anak murid ni selaju siapnya maggi segera. Always remember "Don't judge each day by the harvest you reap but by the seeds that you plant.".. 

6) The satisfaction of imparting knowledge

Kelas aku low-proficiency. Third class but they can have real trouble in understanding the simplest of English. The first day teaching, aku minta mereka salin the first sentence of each paragraph. Siap tunjuk contoh segala apa bagai. Some still got it wrong, so I didn't have high expectations for them.

Haritu aku decide nak ajar benda payah sikit, and aku buat lagak berani nak ajar mereka benda susah tu waktu lecturer aku nak datang observe. Aktiviti dia adalah transferring information from non-linear text to linear text. Mereka perlu menganalisis pie chart dan text and vice versa. Waktu mengajar tu, serious budak-budak aku semua pasang muka blur gila tak faham. Pasif gila semua orang. Aku tanya 'Class, do you understand?', krik krik gila tak macam biasa. Dalam hati dah risau, macamane ni. Beberapa orang angkat tangan cakap 'Miss, I don't understand'.  So I repeated my explanation. Lari lah sikit masa teaching aku, but macamane nak go on to the next stage kalau mereka tak faham right? So aku tanya sekali lagi, separuh kelas kata faham.. Aku anggap itu green light untuk go on.. Buat aktiviti seterusnya, (game quiz).. ALHAMDULILLAH, faham rupanya! And I mean EVERYBODY! Pehh puas beb! Buat lagi satu activity, sebab game quiz tu aktiviti berkumpulan, next activity aku bagi tasksheet mereka kena lengkapkan secara individu.. Everybody got it right. I was majorly surprised, and of course pleased! Syamim yang suka buat leka dalam kelas aku pon participate and got his answers right! Aku jarang ajar benda susah-susah sangat sebab suka berada dalam comfort zone, suka rasa confirm-confirm objektif pelajaran tercapai.. So bila mereka berjaya faham, waduhh terharunya hanya Allah saja tahu! Thank you my lovelies, for you have taught me knowledge too! 

*            *            *

Hahaha sekian sahaja laporan dari Miss Soffea. There's just so much to share, and I can't put all my experiences into words, maka ini sahaja yang mampu. When they say that teaching is a noble profession, a fulfilling job...


I get it now. :)



Friday, 20 March 2015

Koleksi resipi atkins (PART 1)


"Egg casserole"
Bahan-bahan:
3 biji telur
Separuh mangkuk kecil kobis
Cheddar cheese
Salt 
Pepper
Mayonnaise

Cara-cara:
1. Panaskan oven 175-190 Celcius.Guna api atas bawah.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Buat seperti telur dadar.
3. Tuang ke dalam bekas untuk dibakar dan taburkan cheese.
4. Bakar sampai golden. Cucuk dengan garfu untuk memastikan semua bahagian masak. 


"Chicken popcorn"
Bahan-bahan:
Ayam yang dikisar
Bawang (potong dadu)
Telur (Diasingkan bahagian kuning dan putih)
Blackpepper
Cheese

Cara-cara:
1. Gaulkan ayam yang sudah hancur dengan telur kuning. 
2. Gaulkan kesemua bahan kecuali cheese.
3. Buat bulatan dengan tapak tangan dan lubangkan sedikit menggunakan hujung pisau dan masukkan cheese.
4. Tampalkan balik lubang dan bulatkan balik.
5. Celupkan bebola ke dalam putih telur. 
6. Goreng sampai golden.


"Low-carb ice-cream"
Bahan-bahan:
1 biji telur
5-6 packet splenda
1 1/2 cawan whipping cream
1 teaspoon esen vanilla
2 sudu serbuk koko
1/4 cawan air sejuk

Cara-cara:
1. Putar telur sehingga gebu.
2. Masukkan splenda, whipping cream, esen vanilla, serbuk koko dan air sejuk.
3. Putar sehingga gebu dan kembang.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga beku.


"Low-carb chocolate mousse"
Bahan-bahan:
1/2 whipping cream
4 teaspoons splenda
1/2 teaspoon vanilla extract
1 1/2 tablespoons serbuk koko

Cara-cara:
1. Masukkan whipping cream, splenda, vanilla extract dan serbuk koko ke dalam blender.
2. Blend sampai creamy and smooth.
3. Masukkan ke dalam gelas dan taburkan serbuk koko. Hias.


"Egg muffins" (untuk 12 pieces)
Bahan-bahan:
15 biji telur (dipukul)
1-2 cawan grated cheese
3 bawang (dipotong dadu)
Broccoli (dipotong dadu)
Mushrooms (dipotong dadu)
Capsicum (dipotong dadu)
Daging/ayam cincang (digoreng)

Cara-cara:
1. Panaskan oven 190 Celcius
2. Gunakan muffin pan yang ada 12 lubang dan spray dengan non-stick spray 
3. Letakkan daging cincang, cheese dan sayur sehingga lubang 2/3 penuh.
4. Masukkan telur yang sudah dipukul ke dalam setiap lubang hingga 3/4 penuh.
5. Kacau dengan perlahan menggunakan garfu.
6. Bakar selama 25-35 minit sehingga golden.

(Tahan seminggu di dalam peti sejuk) Reheat dengan microwave untuk 1-2 minit.


"Oopsie bread"
Bahan-bahan:
3 biji telur (Diasingkan bahagian kuning dan putih)
3 tablespoons cream cheese
1/4 teaspoons cream of tartar
1 packet splenda

Cara-cara:
1. Panaskan oven 300 Celcius; guna api atas bawah.
2. Campurkan kuning telur, cream cheese dan splenda dalam satu mangkuk sehingga smooth.
3. Dalam mangkuk yang lain, campurkan cream of tartar dengan putih telur. Beat dengan laju sampai fluffy dan bertanduk. 
4. Campurkan mix pertama (yang guna kuning telur) kepada mix kedua (yang guna putih telur). 
5. Ratakan atas dulang pembakar dan masukkan ke dalam oven
6. Tunggu golden (dalam setengah jam)
7. Tunggu sejuk dan masukkan ke dalam tupperware semalaman untuk lembut.


"Flaxseed wrap"
Bahan-bahan:
1 biji telur
4 tablespoons of flaxseed (grinded)
Garam
Minyak

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan hingga menjadi pes
2. Ratakan atas permukaan pinggan membentuk bulatan
3. Masukkan kedalam microwave selama dua minit


"Cordon Bleu"
Bahan-bahan:
1-2 keping chicken breast (dipotong panjang)
1-2 keping cheese
4 tablespoon of flaxseed (grinded)
1 biji telur (dikacau)
Garam
Pepper

Cara-cara:
1. Ketuk ayam sehingga nipis.
2. Seasonkan kepingan ayam dengan salt and pepper.
3. Letak kepingan cheese.
4. Gulung ayam dengan cucuk dengan lidi.
5. Celup ayam dengan telur.
6. Gaul dengan flaxseed.
7. Goreng hingga garing. Sedia dihidang.


"Prawn dumplings"
Bahan-bahan:
Isi udang
1/2 tauhu petak
1 biji telur
Garam 
Pepper

Cara-cara:
1. Blend isi udang dengan tauhu petak. Letak sedikit air.
2. Campur daun bawang, telur dan perisa. Pastikan tak cair sangat tak pekat sangat.
3. Goreng dengan minyak panas hingga kuning. 



"Cheese-based Pizza"
Bahan-bahan:
Cara-cara:
http://simplymoilife.blogspot.com/2013/11/cheese-based-pizza.html


"Faux hashbrowns"
Bahan-bahan:
1 head cauliflower (grated)
2 biji telur
1/2 cawan cheddar (grated)
Garam
Butter

Cara-cara:
1. Rebus cauliflower dan toskan.
2. Lenyekkan bersama bahan-bahan lain.
3. Goreng sehingga keperangan. 


"Mashed turnips"
Bahan-bahan:
1 pound turnips (diced)
3 tablespoons butter
1 packet splenda
garam
1/4 ground pepper

Cara-cara:
1. Didihkan air dan masukkan garam
2. Masukkan turnip selama 20-30 minit. Cucuk dengan pisau untuk memastikan ia sudah lembut. 
3. Keluarkan dan keringkan. Masukkan kesemua bahan dalam blender hingga smooth. Sedia dihidang.  


"Mashed cauliflower"
Bahan-bahan:
1 head cauliflower
1 tablespoon cream cheese
1/4 grated parmesan
1/2 minced garlic
1/2 teaspoon salt
3 tablespoon butter

Cara-cara:
1. Masukkan cauliflower ke dalam air yang mendidih selama 6 minit
2. Tapis air dan keringkan dengan paper towel
3. Masukkan dalam blender kesemua bahan hingga smooth. Sedia dihidang


"Turnips and Cauliflower casserole"
Bahan-bahan:
1 lb turnips (diced)
1 head cauliflower
1/2 cup fat sour cream
4 oz. cream cheese
1/4 cup grated Parmesan cheese
Daging/ayam cincang (digoreng)
1 cup cheddar
1/4 cup chopped onions

Cara-cara:
1. Panaskan oven 375 Celcius
2. Didihkan air garam dan masukkan turnip selama 20 minit
3. Masukkan cauliflower apabila dah 15 minit
4. Keringkan dan mash atau blender
5. Tambah cream cheese, sour cream and cheddar
6. Tambah bawang dan daging/ayam cincang dan gaul
7. Letakkan dalam bekas, taburkan cheese dan daging/ayam cincang. Tutup bekas, bakar selama 30 minit. Buka dan bakar lagi 5-10 minit.

Boleh buat bentuk 'mini'/ guna cauliflower/turnips semata.


...atau bentuk cauliflower pizza casserole



TO CHECK OUT LATER :

http://simplymoilife.blogspot.com/2013/04/sengkuang-fun-fries.html

http://simplymoilife.blogspot.com/2013/04/chocolate-almond-muffin.html

http://simplymoilife.blogspot.com/2013/04/speghetti-zucchini-aglio-olio.html

http://simplymoilife.blogspot.com/2013/04/vanilla-panna-cotta.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...